Wednesday, 27 August 2014

MILLAH ABRAHAM - Diselewengkan daripada AL-QURAN !



Para  sarjana  Islam  dari  zaman  lampau  hingga  sekarang  memahami  akan  adanya  perkataan  MILAH  IBRAHIM  di dalam  AL-Quran.  Tafsiran  yang  difahami  bahawa  Nabi  Muhammad  s.a.w  telah  diwahyukan  dengan  satu  ajaran  yang  bakal  disempurnakan  dan  dikitabkan  untuk  diwarisi  oleh  manusia  dan  jin  sekelian  alam.  Ajaran  ini  diberi  nama  AL-ISLAM.  Asas  kepada  AL-ISLAM  adalah  TAUHID  yakni  TIADA  TUHAN  MELAINKAN  ALLAH  yang  telah  dianuti  manusia  pertama  ADAM  a.s  hingga  kepada  Muhammad  s.a.w.

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.
AL-QURAN – Surah  AN-NISA  ayat  163

Ayat  diatas  menerangkan  bahawa sebelum  Nabi Muhammad s.a.w, telah ada nabi-nabi  dan  rasul-rasul  yang  diutus  kepada  kaum-kaum  sebelum  zaman  Nabi Muhammad  s.a.w. Ayat ini terang lagi jelas  tentang  kedudukan  Nabi Muhammad s.a.w  sebagai  nabi  dan rasul  zaman  ini  dan   sebelum  zaman  Nabi  Muhammad  s.a.w  , mereka  diutuskan  untuk  kaum-kaum  dan  bani-bani  manusia  yang  tertentu.
Allah  menerangkan  kepada  kita  di dalam  AL-Quran, bahwa penganut  agama  Yahudi  dan Nasrani  mengakui  bahawa anutan  mereka  adalah  ajaran  yang  benar  mengatasi  agama Islam  yang  dibawa  oleh  Nabi  Muhammad s.a.w. Bagi menyangkal  dakwaan  ini, ayat  surah  Al-Baqarah 2 ; 135  menerangkan, bahawa  Nabi  Muhammad  s.a.w  diberikan  asas  anutan  Ibrahim  yang  bermula  sebelum  datangnya  ajaran  Yahudi  atau  Nasrani  yang  telah  diselewengkan. 

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah kami mengikut anutan Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
AL-Quran : Surah Al Baqarah 2: 135

Ayat  ini  jelas  memberi  penerangan  bahwa  MILAT IBRAHIM  adalah  pegangan  HANIF  yang  tidak  mepersekutukan  ALLAH  dengan  sesiapa-pun. Setiap  kali  MILAT  IBRAHIM  disebut  dalam  AL-QURAN, maka ianya  di-ikuti  wama-kana  minal  musyrikin yang bermakna  dia  bukanlah  dari kalangan  yang  mempersekutukan  ALLAH. 

Nabi  Ibrahim a.s  adalah  seorang  pemuda  yang  pada  usia  yang  muda mempertikaikan  ajaran  yang  dianuti  ayah  serta  kaumnya  yang  menyembah  berhala.  Dengan tulus  ikhlas,  Ibrahim a.s  mencari-cari  keTuhanan  dan  dalam  pengamatan  bulan, bintang  dan matahari, maka  Ibrahim  a.s  telah  menemui hakikat  keTuhanan  yang sebenarnya  yakni, tiada  Tuhan, melainkan  Allah.  Inilah  yang  dinamakan  MILAH  IBRAHIM  yang  diseru  kepada Nabi  Muhammad  s.a.w  untuk  diikuti  dan  dirakamkan  di dalam  Al-Quran  perincian  tentang  perjalanan kembalinya   Ibrahim  a.s  kepada MILAH yang HANIF , berdiri teguh  di atas  dasar  tauhid  hingga  Ibrahim  a.s  menjadi  satu ummat  walaupun  beliau  bersendirian. Inilah kekuatan  anutan  HANIF  pegangan  IBRAHIM.  Inilah  asas  ajaran AL-ISLAM  yang  disempurnakan  pada  zaman  Nabi  Muhammad  s.a.w.  Kalimah  TAUHID  adalah  warisan  daripada  Nabi  Allah  Ibrahim  a.s  yang  diwariskan  kepada  keturunannya  dan  Allah  hidupkan  kembali  warisan  ini  dalam  ajaran  ISLAM  yang  diwahyukan  kepada  Nabi  Muhammad  s.a.w.

AL-Quran : Surah An-Nahl – 16 : 120
Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun dia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan dia tidak pernah menjadi  dari  orang-orang yang musyrik.

AL-Quran : Surah Al-An-aam 6 ayat 75 - 79
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".  Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

Al-Quran : Surah Al-Zukhruf (43)  ayat  26 – 28
Dan  ketika  Ibrahim  berkata  kepada  ayahnya  dan  kaumnya “Sesungguhnya aku  melepaskan  diri  daripada  apa  yang  kamu  sembah. Kecuali  Allah  yang  menciptakanku, kerana  sesungguhnya, Dia  akan  memberi  petunjuk  kepadaku.  Dan  (Ibrahim)  menjadikan (kalimah tauhid)  itu  kalimah  yang  kekal  pada  keturunannya  agar  mereka  kembali. 

Inilah  penerangan  sebenar  MILAH  IBRAHIM  yang  telah  diselewengkan.  Surah  Al-An’am 6 ayat 75-79, dan  Surah  Al-Zukhruf  (43) ayat  26-28    antara  lain    menerangkan  dengan jelas  dan terperinci  pengertian MILAH  IBRAHIM  HANIF  dan  bukan  satu  ajaran  baru  yang  diwar-warkan  oleh  golongan  MILLAH  ABRAHAM.
  
Al-Quran, Surah An Nahl  (16 ) ayat 123.
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

2 comments:

  1. Terbaik bang... Hangat dipasaran... Tp bukan islam tu sejahtera dan tunduk patuh kepada Allah ke?

    ReplyDelete
  2. Terbaik bang... Hangat dipasaran... Tp bukan islam tu sejahtera dan tunduk patuh kepada Allah ke?

    ReplyDelete