Tuesday, 26 August 2014

BUKU TERBARU - AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM !

Pendahuluan
 Buku ini tidak haruslah disalah-faham akan tujuan sebenar disebalik niat penulisan ini diketengahkan. Ledakan maklumat dalam 10 tahun kebelakang ini hasil daripada fenomena globalisasi telah menyebabkan dunia menjadi tidak bersempadan. Pertukaran maklumat berlaku dengan pesatnya. Malangnya, banyak daripada maklumat yang dikongsi masyarakat awam  rata-rata  terdapat  fakta-fakta yang tidak benar dan adakalanya berniat jahat dan seringkali mempunyai unsur-unsur fitnah. Buku ini bertujuan memberi maklumat yang sahih dan betul berkenaan penyelewangan ajaran ISLAM yang telah dipalsukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mempengaruhi orang-orang awam supaya menyokong agenda jahat mereka. Tujuan penulis adalah bagi memberikan tafsiran yang betul dan memperbetulkan segala dakyah jahat yang cuba disampaikan oleh pihak-pihak yang berniat untuk mencemarkan kesucian agama ISLAM dan diubah menjadi satu ajaran yang akhirnya berlandaskan pembohongan dan penipuan semata-mata. Jika kita rujuk kepada AL-QURAN maka kita dapati bahawa ajaran AL-QURAN yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita bermuzakarah tetapi dengan syarat semua pihak berbincang tentang kebenaran dan berbincang atas dasar ilmu yang mereka ketahui.

Begitulah kamu ! Kamu berbantah-bantahan tentang apa yang kamu ketahui, tetapi mengapa kamu berbantah-bantahan juga tentang apa yang tidak kamu ketahui ? Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
AL-Quran – Surah Ali Imran (3) ayat 66.

Pihak kami berpendapat, ajaran sesat yang sengaja diadakan-adakan telah dengan sengaja memberi tafsiran yang salah dengan menyalahgunakan isi kandungan ayat-ayat AL-QURAN bagi mengadakan-adakan ajaran palsu yang telah mengangkat seorang RASUL palsu yang kononya dihantar oleh ALLAH bagi umat Islam akhir zaman. Ini bukanlah kali pertama perkara sedemikian berlaku. Cuma cubaan kali ini lebih tersusun dan masyarakat awam di Malaysia menghadapi satu cabaran menjawab hujah-hujah yang berdasarkan penyelewengan ayat-ayat AL-QURAN oleh pihak-pihak yang bertanggung-jawab di dalam menyebarkan ajaran sesat ini.

Kita akan kupas satu persatu, hujah-hujah ajaran sesat ini dan kita jawab berdasarkan ilmu tafsir AL-QURAN, SUNNAH dan HADIS NABI berdasarkan pengetahuan bahasa ARAB QURAN dan pengalaman penulis sebagai seorang pendakwah yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang dakwah dan ilmu perbandingan agama.

Marilah sama-sama kita berdoa agar kita  TIDAK  MENJADI  BODOH   disebabkan mengikuti ajaran yang berasaskan pembohongan dan penyelewengan sepertimana ajaran MILLAH ABRAHAM yang direkacipta oleh seorang pendusta yang bernama AHMAD MUSADEQ. Ajaran bahawasanya  Rasul  Akhir Zaman  lahir  dari  keturunan isteri  ketiga Nabi  Ibrahim  a.s yang  bernama  KETURAH. Ini tidak  disebut  dalam  AL-QURAN. Tidak  ada  nama  KETURAH  dalam  Quran. Inilah  sebabnya  Ahmad  Musadeq  perlu  guna  BIBLE  untuk  justifikasi  ajaran  sesatnya  kerana  di dalam  Bible ada  cerita-cerita   yang  boleh  diguna pakai  Ahmad Musadeq  untuk  tujuan  penyelewengan. Tidak  ada  pula  dalam AL-QURAN alasan  kita perlu  ikut dan  hidupkan  semula FASA sejarah  zaman  Rasulllullah  dimana  dakwah  Islam  perlu  dimulakan  dengan  FASA  Dakwah Senyap kemudian  FASA  Dakwah Terang-terangan diikuti  dengan  HIJRAH  dan  akihirnya  FASA  JIHAD. Ajaran ini  tidak  ada  dalam  Quran. Golongan ini  TIDAK  SOLAT  kerana mereka  menunggu  fasa  selepas  HIJRAH untuk  BERSOLAT. Lihatlah, betapa  sesatnya ajaran  MILLAH  ABRAHAM  ini.  Yang  sangat-sangat  dibimbangi  adalah  rakyat  Malaysia  akan  terpesong  dan  ikut  Rasul  Palsu  untuk  HIJRAH  ke  Indonesia  dan akhirnya  menjadi  kumpulan MILITAN  dalam  fasa  JIHAD  mereka. Ini  adalah  satu  ancaman  kepada  kesejahteraan  kehidupan orang-orang  Islam  di  Malaysia. 

Surah Al Baqarah (2) ayat 67
Aku berlindung pada Allah DARIPADA AKU MENJADI ANTARA ORANG-ORANG YANG BODOH.

Insya ALLAH.

MUKADIMAH

Telah timbul ditengah-tengah masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia dewasa ini, ajaran sesat yang dinamakan KOMUNITAS MILAH ABRAHAM atau singkatan KOMAR. Di Malaysia, kumpulan kultus sesat ini dikenali dengan nama MILLAH ABRAHAM. Mereka membuat pelbagai dakwaan yang bertujuan memberi gambaran bahawa ISLAM yang diamalkan oleh lebih daripada 1 billion MUSLIM seluruh dunia adalah tidak betul dan ISLAM sebagai DEEN telah di-cemarkan setelah puak-puak MONGGOL di bawah pimpinan Hulagu Khan yang menawan Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muqtasim Billah dalam abad ke 14 . Bermula daripada premis ini maka golongan ini telah menyusun satu set ajaran yang memang sesat lagi meyesatkan dengan menyelewengkan ayat-ayat AL-Quran. 

Buku  ini  akan  ada  di  pasaran  Insya  Allah  pertengahan  bulan  September 2014 /  

3 comments:

  1. berapa harga buku ini?

    ReplyDelete
  2. Harga buku RM 15.OO. Dapatkan daripada Brother Isa Sulaiman - Tel : 0192205015

    ReplyDelete
  3. saya cuba cari buku ni kat kedai-kedai buku tapi tak jumpa lagi...belum hantar ke kedai ke?

    ReplyDelete