Setelah wafatnya
Nabi Muhammad s.a.w , timbul usaha-usaha
untuk mengambil alih
pengaruh dan penguasaan
ISLAM yang telah
berkembang dengan pesatnya
ke seluruh dunia.
Cara mudah untuk
mendapatkan sokongan dan
mengambil kesempatan daripada
pengaruh Islam adalah
dengan membuat pengakuan
seseorang itu adalah
Rasul atau Nabi
Allah dengan mengaitkan Islam kepada pengakuan Rasul ini. Cubaan
ini berlaku sebaik
sahaja Nabi Muhammad
s.a.w wafat di mana
semua cubaan-cubaan ini
telah dihapuskan pada
zaman Khalifah Saidina
Abu Bakar a.s dan juga
zaman-zaman selepas Khulafa
Ar-Rashidun. Ini adalah
satu keadaan mudah
difahami dimana tidak
seorang pun dari kalangan
sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w
yang memahami isi kandungan
AL-Quran yang jelas TIDAK menerima
konsep akan datangnya
seorang Rasul selepas
wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Semua
ini menunjukkan tidak
ada disebut di dalam
AL-Quran tentang akan datangnya seorang
Rasul SELEPAS (min ba’da)
kedatangan Nabi Muhammad
s.a.w. Jika di kaji
isi kandungan AL-Quran
secara keseluruhan maka
jelas setiap ayat
yang merujuk akan
adanya Rasul pada
Nabi Muhammad s.a.w
ia akan disebut RUSULAN
MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL
SEBELUM KAMU (MUHAMMAD). Urusan Allah
menghantar rasul adalah
sesuatu yang penting
untuk manusia agar
di akhirat tidak
ada manusia yang
dizalimi kerana tidak
dikhabarkan hakikat kehidupan sesudah
mati. Jika urusan
menghantar Rasul adalah
antara tiang agama, mustahil tidak
ada satu ayat pun
di dalam AL-QURAN yang tidak
menerangkan tentang adanya
RASUL SELEPAS
Rasullulah s.a.w. Namun
begitu, seluruh ayat AL-QURAN
yang menyebut tentang
adanya RASUL kepada
Rasullulah s.a.w adalah mengisahkan
tentang para anbiya dan
rusul (jamak kepada rasul) semuanya
menyebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL
SEBELUM KAMU (MUHAMMAD).
Adakah ini satu
kealpaan atau Allah
tercicir menyebut tentang
seorang Rasul Akhir Zaman
selepas zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Jika
Allah boleh sebut RUSULAN
MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL
SEBELUM KAMU (MUHAMMAD) dan jika
benar Ahmad Musadeq
ini utusan Allah
maka sekurang-kuranya perlu
ada sebutan RASUL
MIN BA’DA - iaitu RASUL SELEPAS
KAMU (MUHAMMAD).
Sila Rujuk -
AL-QURAN
– Surah Al An’am (6) ayat 10
Dan sesungguhnya
BEBERAPA RASUL SEBELUM
ENGKAU (Muhammad) (RUSULIN
MIN QABLIKA) telah
diperolok-olokkan sehingga turunlah
azab kepada orang-orang
yang mencemuh itu
sebagai balasan olok-olokan
mereka.
AL-QURAN
– Surah Al An’am (6) ayat 34
Dan sesungguhnya
RASUL-RASUL SEBELUM ENGKAU
(Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) pun telah
didustakan, tetapi mereka sabar
terhadap pendustaan dan
penganiayaan terhadap mereka
sehingga datang pertolongan
Kami kepada mereka. Dan
tiada yang dapat
mengubah kalimah-kalimah Allah. Dan
sesungguhnya telah datang
kepadamu sebahagian (MIN
NABAIL MURSALIN) berita rasul rasul
itu.
Ayat ini
juga menambah bahawasanya
apa sahaja berita
tentang rasul-rasul yang
disampaikan kepada Nabi
Muhammad s.a.w adalah
tentang rasul-rasul sebelum
beliau dan ini
adalah kalimah Allah
yang tidak dapat
diubah. Maka di sini
jelas, tidak ada rasul atau
rasul-rasul SELEPAS Nabi
Muhammad s.aw yang
mana berita-berita tentang
rasul-rasul tersebut disampaikan kepada
beliau di dalam AL-Quran ini.
Tidak ada ! Cuma
ada perkhabaran tentang
RASUL-RASUL SEBELUM
ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN
QABLIKA). Jika berita-berita
tentang rasul-rasul SEBELUM ENGKAU
(Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA)
diceritakan dalam Al-Quran,
mustahil jika ada
rasul selepas Nabi
Muhammad s.a.w, berita-berita
tentang rasul tersebut
tidak dikhabarkan dalam
Al-Quran. Tidak perlu selewengkan
ayat-ayat Quran semata-semata
untuk mengesahkan adanya
Rasul selepas Nabi
Muhammad s.a.w.
AL-QURAN
– Surah Al An’am (6) ayat 42
Dan sesungguhnya, Kami telah
mengutuskan (rasul-rasul) kepada
umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMIN MIN
QABLIKA), kemudian Kami seksa mereka
dengan (menimpakan) kemelaratan
dan kesengsaraan, agar
mereka memohon dengan
rendah hati.
Di
perjelaskan lagi dalam
ayat di atas bukan
sahaja rasul-rasul manusia
hanya ada sebelum
Nabi Muhammad (s.a.w), Allah utuskan
rasul-rasul kepada umat-umat
sebelum Nabi Muhammad
s.a.w (UMAMIN MIN QABLIKA). Tidak
ada disebut tentang
umat-umat (UMAMIN MIN BA’DA) selepas
Nabi Muhammad s.a.w
di hantar rasul rasul.
Tidak ada ! Cuma ada Kami
telah mengutuskan (rasul-rasul)
kepada umat-umat sebelum
engkau (Muhammad) (UMAMIN
MIN QABLIKA).
AL-QURAN
– Surah Yusuf (12) ayat 109
Dan Kami
TIDAK MENGUTUS SEBELUM MU (Muhammad) MELAINKAN LELAKI
YANG KAMI BERIKAN
WAHYU ( WA MAA ARSALNAKA MIN
QABLIKA ILLA RIJALANN
NUHI ILAIHIM)
KEPADANYA DI ANTARA
PENDUDUK NEGERI.
AL-QURAN
– Surah Al Rad (13) ayat 32
Dan sesungguhnya
BEBERAPA RASUL SEBELUM
ENGKAU (Muhammad) (BI
RUSULI MIN QABLIKA) telah diperolok-olokkan, maka Aku
beri menangguhkan azab
kepada orang-orang kafir
itu. Kemudian aku binasakan
mereka . Maka alangkah kras azabnya
seksaan Ku-itu !
AL-QURAN
– Surah Al Rad (13) ayat 38
Dan
sesungguhnya, Kami telah MENGUTUSKAN BEBERAPA
RASUL SEBELUM ENGKAU (RUSULAN MIN QABLIKA) dan Kami
berikan kepada mereka
isteri-isteri dan zuriat
keturunan. Tidak ada hak
bagi seorang Rasul
mendatangkan sesuatu AYAT
melainkan dengan IZIN
ALLAH. Setiap masa
ada kitab.
AL-QURAN
– Surah Al Hijr (15) 10
Dan
sesungguhnya, Kami telah mengutus
SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA MIN QABLIKA)
kepada golongan-golongan (SYIAH’AN)
yang terdahulu.
AL-QURAN
– Surah An-Nahl (16) 43
Dan
Kami tidak mengutus
SEBELUM engkau (Muhammad) (WA
MA ARSALNA MIN
QABLIKA) melainkan lelaki yang
Kami sampaikan wahyu kepada
mereka, maka bertanyalah kepada AHLUL
ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang
mengingati Allah) jika
kamu tidak mengetahui.
Ayat di atas
jelas menerangkan bahwa RASUL
ALLAH adalah lelaki
yang diberikan wahyu. Jika
Ahmad Musadeq mengaku
beliau seorang RASUL,
maka beliau harus
membuktikan menerima wahyu daripada
Allah !
AL-QURAN
– Surah An-Nahl (16) 63
Demi
Allah, sesungguhnya Kami telah
mengutus (Rasul-Rasul) kepada umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMMIN MIN
QABLIKA) tetapi syaitan menjadikan
indah perbuatan mereka. …….
AL-QURAN
– Surah Al-Isra (17) ayat 77
Itu
adalah sunnah bagi
rasul-rasul yang Kami utuskan
SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA QABLAKA MIN RUSULINA)
AL-QURAN
– Surah Al-Anbiya (21) ayat 7
Dan
Kami tidak mengutus
SEBELUM engkau (Muhammad) (WA
MAA ARSALNA QABLAKA) melainkan beberapa lelaki yang
Kami sampaikan wahyu kepada
mereka, maka bertanyalah kepada AHLUL
ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang
mengingati Allah) jika
kamu tidak mengetahui.
AL-QURAN
– Surah Al-Anbiya (21) ayat 25
Dan Kami
tidak mengutus seorang
rasul pun SEBELUM
engkau (Muhammad)(WA MAA ARSALNA
MIN QABLIKA) melainkan
kami wahyukan kepadanya , bahwa tidak
ada Tuhan yang
berhak disembah melainkan
Aku, maka sembahlah Aku.
AL-QURAN
– Surah Al-Anbiya (21) ayat 41
Sesungguhnya,
rasul-rasul SEBELUM engkau (Muhammad) (BI RUSULIN MIN
QABLIKA) telah
dipermain-mainkan…..
AL-QURAN
– Surah Al-Hajj (22) ayat 52
Dan Kami
tidak mengutus seorang
rasul dan tidak
juga seorang NABI
SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MAA
ARSALNA MIN QABLIKA MIN
RASULIN WA LA
NABIYIN)
AL-QURAN
– Surah Al-Furqan (25) ayat 20
Dan Kami
tidak mengutus rasul-rasul
SEBELUM MU (Muhammad) (WA MA ARSALNA QABLAKA MINAL
MURSALIN) melainkan mereka pasti
memakan makanan dan
berjalan di pasar-pasar……..
AL-QURAN
– Surah Ar-Rum (30) ayat 47
Sesungguhnya Kami
telah utuskan SEBELUM engkau (Muhammad) beberapa
orang rasul kepada kaumnya (WA LAQAD ARSALNA
MIN QABLIKA RUSULAN
ILLA QAUMIHI) mereka
datang kepadanya dengan
membawa keterangan-keterangan…..
AL-QURAN
– Surah Al-Fathir (35) ayat 4
Dan
jika mereka mendustakan engkau (Muhammad),
sesungguhnya rasul-rasul sebelum
engkau (Muhammad) (RUSULUN MIN
QABLIKA) telah didustakan
juga. Dan hanya
kepada Allah segala
urusan dikembalikan.
AL-QURAN
– Surah Al-Ghafir (40) ayat 78
Dan sesungguhnya , Kami telah
mengutuskan beberapa orang
rasul sebelum engkau
(Muhammad) (ARSALNA RUSULAN MIN
QABLIKA) di antara mereka ada
yang Kami ceritakan
kepadamu dan diantaranya ada yang tidak
Kami ceritakan kepadamu…..
Di tempat ayat di
ataslah adalah antara
tempat yang terbaik
di dalam menerangkan
tentang kedatangan RASUL SELEPAS
Nabi Muhammad s.a.w
kerana di sini
ALLAH terangkan, Kami
telah mengutuskan beberapa
orang rasul sebelum
engkau (Muhammad) (ARSALNA RUSULAN
MIN QABLIKA) di antara mereka
ada yang Kami
ceritakan kepadamu dan
diantaranya ada yang tidak Kami
ceritakan kepadamu……dan jika
ada RASUL selepas
Nabi Muhammad s.a.w
meskipun tidak diceritakan, maka disinilah
tempat yang terbaik
untuk Allah terangkan. Di
sini jelaslah bahawa
Ahmad Musadeq bukan
Rasul Akhir Zaman
kerana cuma ada
satu sahaja Rasul
Akhir Zaman yakni
Nabiyil Karim Muhammad
Ibnu Abdullah s.a.w.
AL-QURAN
– Surah Al-Fussilat (41) ayat 43
Apa yang
dikatakan oleh orang-orang
kafir kepadamu (Muhammad) tidak lain
adalah apa yang sudah
dikatakan kepada rasul-rasul
SEBELUM-mu (Muhammad) (LI RUSULI
MIN QABLIKA)…..
AL-QURAN
– Surah Al-Zukhruf (43) ayat 45
Dan tanyalah
kepada rasul-rasul Kami
yang telah Kami utus
SEBELUM engkau (Muhammad)….(ARSALNA MIN
QABLIKA MIN RUSULINA)…
No comments:
Post a Comment