Jika
kita kaji ajaran MILLAH ABRAHAM yang sebenarnya tidak ada
kena mengena dengan Nabi Allah Ibrahim a.s, tetapi adalah
rekaan dan dari nukilan seorang warga Indonesia bernama
Ahmad Musadeq maka kita akan dapati bahawa pendekatan kultus
sesat ini adalah dengan mentafsir ayat-ayat AL-QURAN dengan
tafsiran yang menyeleweng dan direka-reka tanpa dalil-dalil
yang sahih. AL-QURAN telah memberi penerangan tentang cara
dalil dholal lagi batil ini dengan mengisahkan tentang SYAITAN
yang menjadi makhluk ALLAH yang pertama di dalam AL-QURAN
memberi tafsiran menyeleweng tentang ayat ALLAH yang difirman
kepada Nabi ALLAH Adam a.s dan isterinya.
Kemudian
syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan
aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (syaitan) berkata “
Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini agar
kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang
yang tinggal di dalam (syurga ini) selama-lamanya”.
AL-Quran
– Surah Al-Araf 7 ayat 20
Jika
kita kaji ajaran-ajaran sesat seperti BAHAI, QADIANI, AHMADIAH,
SYIAH, DIN ILAHI, AL-ARQAM dan yang terbaru MILLAH ABRAHAM,
maka kita akan dapati golongan-golongan ini akan mengadakan
satu konsep yang di-ambil sebagai pegangan terlebih dahulu.
Kemudian bagi men-justifikasikan ajaran rekaan mereka maka jika
perlu, ayat-ayat dari QURAN atau kitab-kitab agama lain akan
digunakan bagi tujuan sebagai surat kuasa kepada ajaran sesat
yang direka tadi. Maka inilah juga pendekatan yang diguna pakai
oleh Syaitan sebagai Mufassir pertama ayat-ayat ALLAH. Perkara
ini telah ALLAH sebut dalam Quran –
Surah
Al-An’am 6 ayat 112
Dan
demikianlah untuk setiap Nabi, Kami menjadikan musuh yang
terdiri dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian
mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang
indah sebagai tipuan……
No comments:
Post a Comment