Kita boleh
mendapat maklumat mudah daripada
Al-Quran tentang berapa
Rasul yang Allah
utuskan untuk umat
terakhir. Golongan Millah Abraham
mengakui kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. Pada
masa yang sama
mereka percaya akan adanya
Rasul Akhir Zaman
yang bernama Ahmad Musadeq yang
berasal dari Indonesia. Jika kita
ikuti ajaran golongan Millah Abraham ini maka
aka nada dua Rasul
yang diutuskan untuk umat akhir zaman. Allah s.w.t, pasti akan memaklumkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang
adanya seorang lagi
Rasul yang akan diutuskan selepas
beliau sebagaimana Nabi
Muhammad s.a.w . Justeru itu, firman Allah dalam Al-Quran yang
mengarah Nabi Muhammad
s.a.w untuk menerangkan tntang KERASULAN-nya
pasti akan menyentuh
tentang Ahmad Musadeq sebagai
seorang RASUL jika
benar adanya RASUL
selepas Nabi Muhammad
s.a.w. Malangnya idea
ada RASUL selepas Nabi
Muhammad s.a.w adalah satu
PEMBOHONGAN yang tidak
ada DALIL yang
JELAS dalam Al-Quran. Ayat-ayat
Al-Quran yang dirujuk
selepas ini semuanya
merakamkan bicara Nabi
kepada umatnya bahwasanya beliau
seorang sahaja RASUL
yang diutus kepada
mereka sekelian dari zaman beliau
menerima wahyu pertama
hingga akhir zaman.
AL-QURAN
– Surah Al-Araf (7) ayat 158
Katakanlah (Muhammad),
“Wahai manusia ! Sesungguhnya
aku ini RASUL-LULLAH Bagi
KAMU SEMUA (JAMIAN). Yang memiliki
kerajaan kerajaan langit
dan bumi. Tidak ada
TUHAN selain DIA. Yang
menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada
Allah dan Rasulnya
iaitu Nabi yang
ummi yang beriman kepada Allah
dan kepada kalimat-kalimatNya. Ikutilah dia,
agar kamu mendapat petunjuk.
Ayat di atas
jelas lagi terang
bahawa perkataan RASUL dalam keadaan MUFRAD (Singular) atau
satu yang merujuk
kepada kata nama
RASUL yakni SEORANG
RASUL ALLAH kepada
kamu semua. JAMIAN dalam
bahasa Arab merujuk
kepada seluruh manusia
yang tidak terhad
manusia di zaman Nabi
semata-mata. Maknanya merangkumi umat
yang bakal datang
hingga akhir zaman. Maka
untuk keseluruhan manusia
itu maka beliau
seorang sahaja sudah
memadai menjadi seorang
sahaja RASUL dan
NABI bagi mereka
semua. Ayat-ayat dibawah menjadi
dalil kepada kenyataan
ini.
Surah Al-Baqarah (2)
ayat 151
Sebagaimana Kami
telah mengutus kepadamu
seorang RASUL (Muhammad)
dari (kalangan) kamu yang
YANG MEMBACAKAN AYAT-AYAT
KAMI, MENYUCIKAN KAMU dan
MENGAJARKAN KEPADAMU KITAB dan
HIKMAH, serta MENGAJARKAN APA
YANG BELUM KAMU
KETAHUI.
Surah Ali Imran
(3) ayat 164
Sungguh Allah
telah memberi karunia
kepada orang-orang beriman
ketika mengutus SEORANG
RASUL (Muhammad) di
tengah-tengah mereka dari
kalangan mereka sendiri,
yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan
Hikmah meskipun sebelumnya mereka
benar-benar dalam kesesatan
yang nyata.
Surah An-Nisa (4) ayat
79-80
Kebajikan apa
pun yang kamu
peroleh adalah dari
sisi Allah dan
keburukan apa pun
yang menimpamu itu dari
dirimu sendiri. Kami mengutusmu
menjadi RASUL kepada MANUSIA.
Dan cukuplah Allah yang
menjadi saksi. Barangsiapa
mentaati RASUL maka sesungguhnya dia
telah mentaati Allah.
Dan barang siapa
berpaling maka Kami tidak
mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi
pemelihara mereka.
AL-Quran : Surah An-Nisa
(4) ayat
170
Wahai manusia !
Sungguh telah datang
RASUL (Muhammad) kepadamu dengan kebenaran
dari Tuhanmu, maka berimanlah, itu lebih
baik bagimu. Dan jika kamu
kafir (itu tidak merugikan
Allah sedikitpun) kerana
sesungguhnya milik Allah –lah
apa yang di
langit dan di
bumi. Allah Maha
Mengetahui, Mahabijaksana.
No comments:
Post a Comment