Golongan
MILLAH ABRAHAM, berusaha mengelirukan orang-orang yang
mereka dakwah untuk menerima ajaran mereka dengan muslihat yang dirangka dengan memetik beberapa ayat Quran bagi
mengesahkan bahawasanya merekalah golongan yang memperjuangkan
AL-QURAN untuk digunakan sebagai pentunjuk. Tetapi usaha
mereka ini terdapat percanggahan kerana dalam ajaran SILAH
FORMAL dan KONSEP MBA pada mulanya nampak seolah-seolah
mereka memperjuangkan kembali kepada ajaran AL-Quran tetapi
secara beransur-ansur mereka juga mahu umat Islam mengambil
KITAB BIBLE Kristian sebagai PETUNJUK. HADIS-HADIS dan SUNNAH
RASULLULAH s.a.w mereka tolak tetapi BIBLE Kristian digunakan
sebagai penjelasan kepada SIRROTOL MUSTAQIM.
Kita rujuk penulisan golongan dalam MODUL TLWH MK -
SILAH
FORMAL
“
Nampakkan pada prospek Al-QURAN itu adalah
pelajaran terus dari Tuhan dimana Tuhan mengajar kita tentang
sistem kehidupan yang damai dan sejahtera”
Inilah
SELLING
POINT
golongan ini kepada orang-orang awam Muslim yang rata-rata
tidak mendalami ilmu agama secara mendalam dan yang
mengamalkan dengan kadar ringkas yang lebih fokus kepada
IBADAH tanpa memberi tumpuan kepada pengajian tafsir AL-Quran.
Di sinilah golongan ini akan memainkan peranan dengan
memetik ayat-ayat Quran bagi tujuan menerapkan ajaran mereka
kepada orang-orang Muslim yang akan dibuat terasa terperangkap
dengan persoalan-persoalan yang mereka timbulkan. Namun begitu,
persoalan-persoalan yang mereka timbulkan telah pun disebut di
dalam Al-Quran dan juga Hadis-Hadis Nabi s.a.w yang
menerangkan tentang jauhnya umat akhir zaman daripada
kefahaman Islam.
Namun begitu ini bukanlah alasan buat kita
merumuskan untuk menerima seorang Rasul Akhir Zaman yang
nyata tidak terdapat dalil dari Al-Quran mahupun Hadis-Hadis
Sahih. Ini juga bukanlah alasan untuk kita mengatakan Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w juga telah hancur dan
perlu dihidupkan semula. Seterusnya pecahan dalam kesatuan umat
Islam yang telah dimaklumkan di dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis
Sahih bukanlah alasan bagi kita untuk mengadakan lagi satu
ajaran yang songsang yang dinamakan MILLAH ABRAHAM dan tambah
sesat lagi apabila Quran diguna bersama-sama dengan Bible
Kristian. Ternyata ini adalah ajaran PLURALISMA
AGAMA
seperti BAHAI
dan DIN ILAHI yang di
dalangi oleh golongan ZIONIS, ILLUMINATI dan puak-puak Free
Mason yang ingin menghancurkan ISLAM dari dalam.
No comments:
Post a Comment