Wednesday, 27 August 2014

Kefahaman SONGSANG GOLONGAN MILLAH ABRAHAM tentang QIYAMAT !


Di  dalam  konsep  anutan  MILLAH  ABRAHAM, golongan  ini  telah  menyelewengkan  maksud  QIYAMAT. Mereka membuat  andaian  bahawa QIYAMAT  bukanlah  yang bermula  dengan  DUNIA  DIHANCURKAN  kemudian  diikuti  dengan  MANUSIA  dan JIN DI PERHITUNGKAN AMALAN  MEREKA  di hadapan  MALIK  YAUMID DEEN – RAJA  HARI  AGAMA  (DEEN) …yakni  HARI  PEMBALASAN.  Tetapi  ini  telah  dipesongkan  kerana  mereka  telah  membawa  satu  ajaran  yang  tidak  disokong  oleh  keseluruhan  ayat-ayat  AL-Quran. Golongan  ini  TIDAK  PERCAYA  kepada  SUNNAH  dan  HADIS  NABI  s.a.w  kerana banyak  HADIS-HADIS  yang  bercanggah  dengan fahaman  mereka. HADIS-HADIS  Nabi  s.a.w  mereka  buang  tetapi  ajaib sekali  golongan  ini  begitu  taksub  dengan  AL-KITAB  BIBLE yang  dikatakan boleh  menerangkan  tentang  ciri-ciri  sirrotol-mustaqim. AL-KITAB  BIBLE menjadi  sumber  rujukan  kerana  di dalamnya  ada semua  yang  mereka  perlukan  bagi  menyokong  ajaran  batil  mereka  ini. Mana-mana  ayat  yang  tidak  menepati  kehendak  mereka  maka  makna  ayat-ayat  akan  diselewengkan  dengan kefahaman  yang  mereka  reka  sendiri  tanpa  dirujuk  kepada  makna sebenar  perkataan-perkataan  di  dalam  bahasa  Arab Quran  tersebut.  Inilah  yang  dilakukan  kepada perkataan QIYAMAH.  Menurut  ajaran  MILLAH  ABRAHAM  melalui  penulisan  karangan  mereka yang bertajuk Modul TLWH MK mereka  membuat  kesimpulan ;
tanya  propsek  sama-ada  dia  setuju  bahawa  hari  kiamat  bukan  bermaksud  hari  kehancuran, tetapi  hari  kebangkitan  DIEN. Kerana  hari  kehancuran  itu  hanya  ada  pada  sisi  Allah.  Tidak ada  yang  mengetahui  selain Dia.

Begitulah  sesatnya  golongan  ini  hinggakan  mereka  sanggup  berbohong  dan  mengada-adakan  ajaran palsu  demi  untuk  membenarkan  kehadiran  seorang  RASUL  PALSU  di kalangan  mereka. Mereka  membuat  andaian QIYAMAT  dengan  QIYAM  yang  bermaksud  berdiri  atau  bangkit  tegak  maka  mereka  membuat  andaian bahwa  QIYAMAT  adalah  Hari  DIEN  di bangkitkan. 



untuk ulasan selanjutnya - dapatkan BUKU - AJARAN  SESAT  MLLAH ABRAHAM !

No comments:

Post a Comment