Satu
ajaran pelik dan janggal yang dibawa oleh golongan MILLAH
ABRAHAM adalah mereka bersungguh-sungguh menyeru manusia supaya
menggunakan QURAN dan BIBLE yang dirujuk sebagai AL-KITAB
sebagai panduan. Antara lain, golongan ini telah menyelewengkan
ayat Quran Surah Al-Maidah (5) ayat 68. Golongan
ini dengan sengaja salah terjemah ayat ini dan membuat
kesimpulan bahawa Allah berkehendakkan kita guna AL-QURAN
bersama-sama dengan BIBLE (Al KITAB) bagi memahami ciri-ciri
sirrotol mustaqim (jalan yang lurus). Kita rujuk penulisan
MILLAH ABRAHAM dalam MODUL TLWH MK yang membincangkan tentang
Konsep Sirrotol Mustaqim antara lain -
5/68 – Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak
dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan
ajaran-ajaran Taurat, Injil dan AL-QURAN yang diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya apa yang diturunkan
kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan
kekafiran kepada kebanyakkan dari mereka; maka janganlah kamu
bersedih hati terhadap orang-orang kafir itu”.
Ayat
Quran Surah Al-Maidah (5) ayat 68 telah
disalah terjemah dan disalah tafsir sama sekali. Berikut
adalah terjemahan yang betul tanpa ada apa-apa unsur
penyelewengan ;
Katakanlah
(Muhammad) – Wahai Ahli Kitab ! Kamu tiada di atas sesuatu apa
pun hingga kamu membangunkan Taurat, Injil dan apa yang
DITURUNKAN
Tuhanmu
kepada mu. Dan apa yang DITURUNKAN Tuhanmu kepadamu pasti akan
membuat banyak di antara mereka lebih durhaka dan lebih
ingkar, maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang
kafir itu.
Kita
sambung rujukan penulisan MILLAH ABRAHAM dalam MODUL TLWH MK ;
“Memang
dipersetujui bahawa AQ (Al-Quran) itu sebagai pelengkap
kitab-kitab yang sebelumnya, tetapi kenapa firman Tuhan tidak
menyebut AQ sahaja ? Ini kerana apa yang diceritakan dalam AQ
adalah kesimpulan kepada perjalanan DIEN ALLAH sebelumnya.
Tetapi jika kita hanya membaca kesimpulan maka kita tidak
akan faham perjalanan yang lebih terperinci. Untuk prospek
faham siapa orang-orang terdahulu yang sudah ditunjuki
sirotol mustaqim prospek harus menjadikan kitab-kitab terdahulu
sebagai sumber pelajaran , dan baru mendapat membuat
kesimpulan bahawasanya hari ini jalan mana yang prospek harus
ikut , kerana sirotol mustaqim ada ciri-cirinya, dan
ciri-cirinya hanya terdapat dalam semua kitab dan ada pada
semua sunnah rasul, itu yang dimaksudkan oleh wasiat
Muhammad.
Jika
dianalisa ajaran MILLAH ABRAHAM di atas maka kita dapati
pendekatan sebegini dan juga ayat Quran yang sama telah
digunakan oleh mubaligh-mubaligh Kristian di Indonesia bagi
memurtadkan orang-orang Islam Indonesia.
Mereka
memberikan gambaran seolah-olah Quran menganjurkan bahawa
Kitab Bible diambil sebagai panduan. Ayat Quran Surah
Al-Maidah (5) ayat 68 tadi tidak disebut langsung tentang
kita harus mengambil panduan dari Bible bagi memahami sirrotol
mustaqim. Ayat tersebut juga tidak menyebut AL-Quran perlu
digunakan bersama-sama Bible. Ayat tersebut ditujukan kepada
AHLI KITAB. Siapa AHLI KITAB ? Di dalam AL-Quran, penganut
–penganut agama Yahudi dan Nasrani diberikan gelaran AHLI
KITAB. Ayat ini ditujukan kepada mereka. Kenapa mereka diseru
untuk “membangunkan
Taurat, Injil dan apa yang DITURUNKAN
Tuhanmu
kepada mu “ ?
Jawapan-nya
ada dalam AL-Quran.
Rujuk
Quran : Surah Ali Imran (3) ayat 78
Dan
antara mereka (Ahli Kitab), ada segolongan yang memutarbelitkan
lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada
sebahagian al-Kitab,
sedang ia bukan
daripada al-Kitab dan
mereka berkata “Ia daripada Allah” tetapi ia bukan daripada
Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka
mengetahuinya.
Rujuk
Quran : Surah Al Maidah (5) ayat 14 – 16
Dan
di antara orang-orang yang mengatakan, “Kami ini orang
Nasrani, “Kami telah mengambil perjanjian mereka, tetapi
mereka (sengaja) MELUPAKAN sebagian pesan yang diperingatkan
kepada mereka, maka Kami timbulkan permusuhan dan kebencian di
antara mereka hingga hari Kiamat. Dan kelak Allah akan
memberitakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.
Wahai Ahli Kitab ! Sungguh, Rasul Kami (Muhammad) telah datang
kepadamu, menjelaskan kepadamu banyak hal dari (isi) kitab
yang kamu sembunyikan,
dan banyak pula yang dibiarkannya.
Sungguh telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan Kitab
(Quran) menjelaskan. Dengan Kitab (AL-QURAN) itulah Allah
memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keridaan-Nya ke
jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah
mengeluarkan orang itu dari gelap gulita kepada cahaya dengan
izin-Nya, dan menunjukkan ke jalan yang lurus.
Rujuk
Quran : Surah Al Araf (7) ayat 162
Maka
orang-orang yang zalim di antara mereka (Bani Israil)
MENGGANTIKAN
(perkataan) dengan PERKATAAN
YANG TIDAK DIKATAKAN
kepada mereka, maka Kami timpakan azab kepada mereka dari
langit disebabkan kezaliman mereka.
Beberapa
ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa Bani Israil
dan Nasrani telah menyembunyikan kebenaran, mengubah isi
kandungan Taurat dan Injil yang Allah turunkan kepada mereka
hingga ia tidak lagi sama seperti kitab Taurat dan Injil
yang asli dan mereka juga mengganti-ganti isi kandungan
kitab-kitab mereka dengan perkataan-perkataan yang mereka
karang dengan tangan mereka sendiri. AL-Kitab atau Bible yang
digunakan oleh Yahudi dan Nasrani pada masa kini dan juga
pada zaman Rasullulah s.a.w bukan
Tauurat atau Injil yang
Allah turunkan kepada Nabi Musa a.s dan Isa a.s. Kitab
Bible adalah rekaan dan karangan mereka sendiri. Ia dicampur
adukkan dengan kebenaran daripada Taurat dan Injil dan yang
lain-lain adalah karangan-karangan yang direka oleh para
penulis kitab yang tidak diwahyukan sama sekali oleh Allah
s.w.t.
Kita
rujuk Bible atau Al-Kitab bagi mengesahkan perkara ini ;
AlKitab:
Perjanjian Lama – Yeremia 8 : 8
Berani
betul kamu berkata bahawa kamu bijaksana dan mengetahui
hukum-Ku ! Lihatlah hukum
Ku sudah diubah oleh guru-guru agama yang tidak jujur.
AlKitab
: Perjanjian Baru – Lukas 1 : 1 – 4
Tuan
Teofilus yang terhormat. Banyak orang telah berusaha membuat
laporan tentang peristiwa yang berlaku di kalangan kami. Mereka
menulis sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kami oleh
mereka yang menyaksikan peristiwa itu dari permulaan dan
kemudian mengisytiharkan berita itu. Tetapi sekarang Tuan
Teofilus yang terhormat, saya (Lukas) sendiri telah menyelidiki
semua peristiwa itu dari permulaannya, maka
ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur
untuk tuan.
Dua
rujukan diatas yang dipetik daripada AL-KITAB BIBLE dengan
jelas membuktikan bahawa Bible itu sendiri bukanlah Taurat
atau Injil. Ia adalah karangan yang direka oleh Yahudi dan
Nasrani yang hanya menuruti pendapat mereka sendiri. AL-KITAB
dibahagikan kepada dua bahagian. Perjanjian Lama atau Old
Testament yang diguna oleh Yahudi. Ini bahagian pertama.
Manakala Nasrani atau Kristian menambah satu lagi kitab yang
dinamakan Perjanjian Baru atau New Testament yang mengisahkan
tentang Jesus (Isa) sebagai anak Tuhan. Dalam bahasa Arab,
Perjanjian Lama disebut sebagai Kitabul Qadim dan Perjanjian
Baru pula dikenali sebagai Kitabul Jadim. Tidak ada tempat
di dalam Quran yang menyebut yang kita harus mengambil Kitabul
Qadim dan Kitabul Jadim sebagai panduan untuk memahami
sirotul mustaqim. Taurat dan Injil yang diturunkan Allah bukan
Al-Kitab Bible - Kitabul Qadim dan Kitabul Jadim. Tidak ada
satupun ayat dalam Al-Quran yang memerintahkan kepada muslim
untuk mengambil dua kitab ini sebagai panduan mahupun
rujukan. Allah sebut di dalam Al-Quran tentang perbuatan Ahli
Kitab yang mengarang kitab-kitab dengan tangan mereka sendiri
lalu membuat dakwaan ia datang daripada Allah.
Rujuk
Quran : Surah Al-Baqarah (2) ayat 79
Maka
celakalah orang-orang yang menulis
kitab dengan
tangan mereka (sendiri) kemudian berkata, “Ini
dari Allah”,
(dengan bermaksud) untuk menjualnya dengan harga murah. Maka
celakalah mereka kerana tulisan tangan mereka dan celakalah
mereka dengan apa yang mereka lakukan.
Disini,
kita perbetulkan ajaran seleweng MILLAH ABRAHAM yang cuba
untuk menipu dan berbohong dengan mengatakan bahawa untuk
memahami sirrotol mustaqim kita perlu rujuk semua kitab-kitab
sebelum Quran dan Quran. Ajaran ini jelas tidak betul.
Taurat dan Injil yang asli sudah tidak ada lagi. Pada
awalnya, disembunyikan kemudian Yahudi dan Nasrani mula mengubah
isi kandungan Taurat dan Injil dan akhirnya sebahagian
besar Taurat dan Injil telah diubah dengan AL-KITAB BIBLE
yang merupakan sebuah kitab yang dikarang oleh Yahudi dan
Nasrani dan Quran dan Bible sendiri mengesahkan bahawa isi
kandungan kitab itu sendiri bukan Taurat dan Injil. Malahan
ajaran – ajaran di dalam Bible bercanggah dengan ajaran
AL-Quran dan Islam terutama sekali tentang Tauhid Allah
s.w.t, Kenabian Muhammad s.a.w dan cerita-cerita para anbiya.
No comments:
Post a Comment