Friday, 29 August 2014

DEBAT BLOGGER - PEOPLE AGAINST OPPOSITION dan MILLAH ABRAHAM

BLOGGER : People Against  Opposition
KOMEN (MILLAH  ABRAHAM)

Anonymous 16 August 2014 19:27

so, mane satu yg betul. Dlm pemerhatian saya, Islam itu sendiri terpecah, adanya pihak sunnah lah... Syiah lah..... Terbahagi pulak adanya mazhab.. Aduh penin tu... Siap bergaduh-gaduh lagi.... Mengaku je umat Nabi Muhammad... Mcm ni ke umat nabi muhammad. Masing2 berbangga dgn golongan masing2... Adakah keadaan sekarang ni yg diredhai Allah? Bila pergi masjid mendengar ceramah, ustaz2 ni masing2 suka jatuhkan hukum mengikut nafsu sendiri, masing2 tidak bersependapat. Bagaimana tu... Setahu saya muhammad tidak bawa perpecahan, dia membawa penyatuan. Dia tidak membawa Agama, dia membawa Sistem Kehidupan yg mensejahterakan muka bumi bg umat manusia. Sy berpendapat sebegini kerana membawa sejarah kenabian. Apa yg Muhammad buat dan merujuk pada AQ. LIHATLAH DUNIA SEKARANG, ADAKAH KEADAAN INI YANG DIREDHAI ALLAH?
 
Reply People Against Opposition 26 August 2014 05:04

FENOMEA perpecahan dalam agama bukanlah satu sebab untuk kita membuat lagi satu ajaran baru dan juga bukanlah satu alasan untuk mengangkat seorang Rasul Palsu.
Baca betul-betul Al-Quran, telah Allah sebut dengan jelas -
 
AL-Quran – Surah Al Kahf (18) ayat 6
Maka janganlah engkau (Muhammad) mencelakakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (AL-Quran).

AL-Quran – Surah Al Kahf (18) ayat 29
Dan katakanlah (Muhammad), “Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu, barang siapa yang hendak BERIMAN maka BERIMAN dan barang siap yang hendak KUFUR maka KUFUR.

Rujuk – AL-Quran-Surah Al Kafirun (109) ayat 1 – 6
Katakanlah (Muhammad), “ Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Kamu bukan penyembah apa yang aku sembah dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. UNTUKMU AGAMAMU DAN UNTUKKU AGAMAKU.

Allah mengizinkan MANUSIA membuat PILIHAN DI DUNIA INI. Jika berlaku PERPECAHAN dalam urusan agama, maka tanggung-jawab golongan yang membuat perpecahan tersebut pasti akan Allah PERSOAL di akhirat kelak.Sebagaimana Allah izinkan manusia untuk beriman atau kufur hatta hinggakan Surah Al-Kafirun, beri ruang orang KAFIR untuk terus duduk dalam KEKAFIRAN mereka.
Allah izinkan. Itu untuk kehidupan dunia tetapi di akhira, masing-masing kena jawab...
Tanggung jawab kita -

AL-Quran – Surah AL-Maidah (5) ayat 99
Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah MENYAMPAIKAN dan Allah mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

AL-Quran – Surah Az-Zariyat (51) ayat 54-55
Maka berpalinglah engkau daripada mereka (orang yang tidak mempercayai Rasul) dan engkau sekali tidak TERCELA. Dan berilah PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.

Akhir kalam ;
Surah Al Baqarah (2) ayat 67
Aku berlindung pada Allah DARIPADA AKU MENJADI ANTARA ORANG-ORANG YANG BODOH.
 
Reply (MILLAH  ABRAHAM)
 
Anonymous29 August 2014 02:28

Tiap-tiap umat mempunyai ajal (QS 10 Ayat 49). Sebagai sebuah siklus kehidupan yang rasional dan ilmiah bagaikan pergantian siang dan malam (QS 3 Ayat 190). Kedatangan akan Utusan Tuhan (Rosul, Messiah, Sang Juru Selamat) adalah sebuah keniscayaan. Kalau umat sudah tidak lagi konsisten dengan ajaran Tuhan Semesta Alam maka sebelum dia mengazab suatu Bangsa maka harus ada Utusan/Juru Selamat untuk mengingatkan segenap manusia agar kembali kepada sistem hidup yang benar sehingga Tuhan Semesta Alam tidak berbuat dzolim terhadap umatnya (QS 17 Ayat 15, QS 28 Ayat 58-59). Hal serupa sebenarnya sudah berulang-ulang dikisahkan di dalam Al-Quran seperti pada kisah Kaum Nuh, Luth, Musa, Isa, dan Muhammad agar menjadi pelajaran bagi umat selanjutnya.
 
Reply  People Against Opposition 29 August 2014 08:31

Tafsiran yang SALAH.
QS 10 : 49
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya"

Ayat diatas TIDAK SEBUT LANGSUNG tentang Kedatangan akan Utusan Tuhan (Rosul, Messiah, Sang Juru Selamat). Satu pendustaan terhadap ayat-ayat Allah.
Ayat QS 3:190, langsung tidak bicarakan PENDUSTAAN tentang ajaran ADANYA RASUL INDONESIA untuk UMAT AKHIR ZAMAN...

Kita rujuk QS 3:190 sampai 193
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
.....
Cuba perhatikan ayat diatas, tidak sebut langsung tentang kerajaan Allah di bumi yang silih berganti setiap 700tahun. Ini adalah ajaran yang berasaskan PEMBOHONGAN.

Reply - People Against Opposition29 August 2014 08:32

QS 17:15
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

QS 28 - 58-59
Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka. Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

Bagi umat akhir zaman, telahpun datang SEORANG RASUL, sila rujuk 

QS 7:157
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:34

Kita boleh mendapat maklumat mudah daripada Al-Quran tentang berapa Rasul yang Allah utuskan untuk umat terakhir. Golongan Millah Abraham mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa yang sama mereka percaya akan adanya Rasul Akhir Zaman yang bernama Ahmad Musadeq yang berasal dari Indonesia. Jika kita ikuti ajaran golongan Millah Abraham ini maka akan ada dua Rasul yang diutuskan untuk umat akhir zaman. Allah s.w.t, pasti akan memaklumkan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang adanya seorang lagi Rasul yang akan diutuskan selepas beliau sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w . Justeru itu, firman Allah dalam Al-Quran yang mengarah Nabi Muhammad s.a.w untuk menerangkan tntang KERASULAN-nya pasti akan menyentuh tentang Ahmad Musadeq sebagai seorang RASUL jika benar adanya RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w. Malangnya idea ada RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w adalah satu PEMBOHONGAN yang tidak ada DALIL yang JELAS dalam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk selepas ini semuanya merakamkan bicara Nabi kepada umatnya bahwasanya beliau seorang sahaja RASUL yang diutus kepada mereka sekelian dari zaman beliau menerima wahyu pertama hingga akhir zaman.

Rujuk lagi QS 7:158
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".

Ayat di atas jelas lagi terang bahawa perkataan RASUL dalam keadaan MUFRAD (Singular) atau satu yang merujuk kepada kata nama RASUL yakni SEORANG RASUL ALLAH kepada kamu semua. JAMIAN dalam bahasa Arab merujuk kepada seluruh manusia yang tidak terhad manusia di zaman Nabi semata-mata. Maknanya merangkumi umat yang bakal datang hingga akhir zaman. Maka untuk keseluruhan manusia itu maka beliau seorang sahaja sudah memadai menjadi seorang sahaja RASUL dan NABI bagi mereka semua. Ayat-ayat dibawah menjadi dalil kepada kenyataan ini.
Surah Al-Baqarah (2) ayat 151
 
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang RASUL (Muhammad) dari (kalangan ) kamu yang YANG MEMBACAKAN AYAT-AYAT KAMI, MENYUCIKAN KAMU dan MENGAJARKAN KEPADAMU KITAB dan HIKMAH, serta MENGAJARKAN APA YANG BELUM KAMU KETAHUI.

Surah Ali Imran (3) ayat 164
Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang beriman ketika mengutus SEORANG RASUL (Muhammad) di tengah-tengah mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
 
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:36

Khutbah ini adalah pesanan Rasullullah s.a.w yang terakhir kepada umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijiriah (632 Masehi) di Lembah Uranah, Jabal Arafah ketika Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan Haji Widaq (Haji Perpisahan).
 
“ Wahai manusia, dengarlah baik-baik pesanku ini, aku tidak tahu sama ada selepas tahun ini, aku akan bertemu lagi dengan kamu. Oleh itu dengarkan apa yang akan aku katakan kepada kamu baik-baik dan ingatlah pesanku dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak ada di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap hari ini, bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan menyakiti sesiapa supaya tiada siapa yang akan menyakiti kamu.
Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu dan bahawa Dia akan menghitung segala amal-amal kamu. Allah telah mengharamkan riba, maka segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
 
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebuh mulia dari yang lain-nya kecuali dalam TAQWA dan AMAL SOLEH.
 
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan-ku.
 
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada agama lain yang baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan btul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah KITABULLAH (AL-QURAN) dan SUNNAH-KU.
 
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan RISALAH-MU kepada HAMBA-HAMBA MU..
 
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:37

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah KITABULLAH (AL-QURAN) dan SUNNAH-KU.
 
Reply People Against Oppositio29 August 2014 08:39

Ahmad Musadeq bukan RASUL ALLAH SELEPAS RASULLULAH S.A.W
Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w , timbul usaha-usaha untuk mengambil alih pengaruh dan penguasaan ISLAM yang telah berkembang dengan pesatnya ke seluruh dunia. Cara mudah untuk mendapatkan sokongan dan mengambil kesempatan daripada pengaruh Islam adalah dengan membuat pengakuan seseorang itu adalah Rasul atau Nabi Allah dengan mengaitkan Islam kepada pengakuan Rasul ini. Cubaan ini berlaku sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w wafat di mana semua cubaan-cubaan ini telah dihapuskan pada zaman Khalifah Saidina Abu Bakar a.s dan juga zaman-zaman selepas Khulafa Ar-Rashidun. 

Ini adalah satu keadaan mudah difahami dimana tidak seorang pun dari kalangan sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w yang memahami isi kandungan AL-Quran yang jelas TIDAK menerima konsep akan datangnya seorang Rasul selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. 

Semua ini menunjukkan tidak ada disebut di dalam AL-Quran tentang akan datangnya seorang Rasul SELEPAS (min ba’da) kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Jika di kaji isi kandungan AL-Quran secara keseluruhan maka jelas setiap ayat yang merujuk akan adanya Rasul pada Nabi Muhammad s.a.w ia akan disebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD). 

Urusan Allah menghantar rasul adalah sesuatu yang penting untuk manusia agar di akhirat tidak ada manusia yang dizalimi kerana tidak dikhabarkan hakikat kehidupan sesudah mati. Jika urusan menghantar Rasul adalah antara tiang agama, mustahil tidak ada satu ayat pun di dalam AL-QURAN yang tidak menerangkan tentang adanya RASUL SELEPAS Rasullulah s.a.w. Namun begitu, seluruh ayat AL-QURAN yang menyebut tentang adanya RASUL kepada Rasullulah s.a.w adalah mengisahkan tentang para anbiya dan rusul (jamak kepada rasul) semuanya menyebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD). 

Adakah ini satu kealpaan atau Allah tercicir menyebut tentang seorang Rasul Akhir Zaman selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jika Allah boleh sebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD) dan jika benar Ahmad Musadeq ini utusan Allah maka sekurang-kuranya perlu ada sebutan RASUL MIN BA’DA - iaitu RASUL SELEPAS KAMU (MUHAMMAD).

Sila Rujuk -
 
AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 10
Dan sesungguhnya BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULIN MIN QABLIKA) telah diperolok-olokkan sehingga turunlah azab kepada orang-orang yang mencemuh itu sebagai balasan olok-olokan mereka.
 
AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 34
Dan sesungguhnya RASUL-RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) pun telah didustakan, tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan terhadap mereka sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Dan tiada yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian (MIN NABAIL MURSALIN) berita rasul rasul itu.

Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:39

Ayat ini juga menambah bahawasanya apa sahaja berita tentang rasul-rasul yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah tentang rasul-rasul sebelum beliau dan ini adalah kalimah Allah yang tidak dapat diubah. Maka di sini jelas, tidak ada rasul atau rasul-rasul SELEPAS Nabi Muhammad s.aw yang mana berita-berita tentang rasul-rasul tersebut disampaikan kepada beliau di dalam AL-Quran ini. Tidak ada ! Cuma ada perkhabaran tentang RASUL-RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA). Jika berita-berita tentang rasul-rasul SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) diceritakan dalam Al-Quran, mustahil jika ada rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w, berita-berita tentang rasul tersebut tidak dikhabarkan dalam Al-Quran. Tidak perlu selewengkan ayat-ayat Quran semata-semata untuk mengesahkan adanya Rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w.

AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 42
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMIN MIN QABLIKA), kemudian Kami seksa mereka dengan (menimpakan) kemelaratan dan kesengsaraan, agar mereka memohon dengan rendah hati.
Di perjelaskan lagi dalam ayat di atas bukan sahaja rasul-rasul manusia hanya ada sebelum Nabi Muhammad (s.a.w), Allah utuskan rasul-rasul kepada umat-umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w (UMAMIN MIN QABLIKA). Tidak ada disebut tentang umat-umat (UMAMIN MIN BA’DA) selepas Nabi Muhammad s.a.w di hantar rasul rasul. Tidak ada ! Cuma ada Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau (Muhammad) (UMAMIN MIN QABLIKA).

AL-QURAN – Surah Yusuf (12) ayat 109
Dan Kami TIDAK MENGUTUS SEBELUM MU (Muhammad) MELAINKAN LELAKI YANG KAMI BERIKAN WAHYU ( WA MAA ARSALNAKA MIN QABLIKA ILLA RIJALANN NUHI ILAIHIM) KEPADANYA DI ANTARA PENDUDUK NEGERI.

AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat 32
Dan sesungguhnya BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (BI RUSULI MIN QABLIKA) telah diperolok-olokkan, maka Aku beri menangguhkan azab kepada orang-orang kafir itu. Kemudian aku binasakan mereka . Maka alangkah kras azabnya seksaan Ku-itu !

Reply People Against Opposition29 August 2014 08:40

AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat 38
Dan sesungguhnya, Kami telah MENGUTUSKAN BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (RUSULAN MIN QABLIKA) dan Kami berikan kepada mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu AYAT melainkan dengan IZIN ALLAH. Setiap masa ada kitab.

AL-QURAN – Surah Al Hijr (15) 10
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA MIN QABLIKA) kepada golongan-golongan (SYIAH’AN) yang terdahulu.
 
AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 43
Dan Kami tidak mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MA ARSALNA MIN QABLIKA) melainkan lelaki yang Kami sampaikan wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada AHLUL ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang mengingati Allah) jika kamu tidak mengetahui.
Ayat di atas jelas menerangkan bahwa RASUL ALLAH adalah lelaki yang diberikan wahyu. Jika Ahmad Musadeq mengaku beliau seorang RASUL, maka beliau harus membuktikan menerima wahyu daripada Allah !

AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 63
Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus (Rasul-Rasul) kepada umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMMIN MIN QABLIKA) tetapi syaitan menjadikan indah perbuatan mereka. …….

AL-QURAN – Surah Al-Isra (17) ayat 77
Itu adalah sunnah bagi rasul-rasul yang Kami utuskan SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA QABLAKA MIN RUSULINA)

AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 7
Dan Kami tidak mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MAA ARSALNA QABLAKA) melainkan beberapa lelaki yang Kami sampaikan wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada AHLUL ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang mengingati Allah) jika kamu tidak mengetahui.

Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:40

AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 25
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun SEBELUM engkau (Muhammad)(WA MAA ARSALNA MIN QABLIKA) melainkan kami wahyukan kepadanya , bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, maka sembahlah Aku.
 
AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 41
Sesungguhnya, rasul-rasul SEBELUM engkau (Muhammad) (BI RUSULIN MIN QABLIKA) telah dipermain-mainkan…..
 
AL-QURAN – Surah Al-Hajj (22) ayat 52
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul dan tidak juga seorang NABI SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MAA ARSALNA MIN QABLIKA MIN RASULIN WA LA NABIYIN) ……

AL-QURAN – Surah Al-Furqan (25) ayat 20
Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul SEBELUM MU (Muhammad) (WA MA ARSALNA QABLAKA MINAL MURSALIN) melainkan mereka pasti memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar……..
AL-QURAN – Surah Ar-Rum (30) ayat 47
Sesungguhnya Kami telah utuskan SEBELUM engkau (Muhammad) beberapa orang rasul kepada kaumnya (WA LAQAD ARSALNA MIN QABLIKA RUSULAN ILLA QAUMIHI) mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan-keterangan…..
AL-QURAN – Surah Al-Fathir (35) ayat 4
Dan jika mereka mendustakan engkau (Muhammad), sesungguhnya rasul-rasul sebelum engkau (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) telah didustakan juga. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.
 
AL-QURAN – Surah Al-Ghafir (40) ayat 78
Dan sesungguhnya , Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelum engkau (Muhammad) (ARSALNA RUSULAN MIN QABLIKA) di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan diantaranya ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu…..
Di tempat ayat di ataslah adalah antara tempat yang terbaik di dalam menerangkan tentang kedatangan RASUL SELEPAS Nabi Muhammad s.a.w kerana di sini ALLAH terangkan, Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelum engkau (Muhammad) (ARSALNA RUSULAN MIN QABLIKA) di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan diantaranya ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu……dan jika ada RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w meskipun tidak diceritakan, maka disinilah tempat yang terbaik untuk Allah terangkan. Di sini jelaslah bahawa Ahmad Musadeq bukan Rasul Akhir Zaman kerana cuma ada satu sahaja Rasul Akhir Zaman yakni Nabiyil Karim Muhammad Ibnu Abdullah s.a.w.
 
AL-QURAN – Surah Al-Fussilat (41) ayat 43
Apa yang dikatakan oleh orang-orang kafir kepadamu (Muhammad) tidak lain adalah apa yang sudah dikatakan kepada rasul-rasul SEBELUM-mu (Muhammad) (LI RUSULI MIN QABLIKA)…..
 
AL-QURAN – Surah Al-Zukhruf (43) ayat 45
Dan tanyalah kepada rasul-rasul Kami yang telah Kami utus SEBELUM engkau (Muhammad)….(ARSALNA MIN QABLIKA MIN RUSULINA)…


  • Noor Mohamed

No comments:

Post a Comment