Friday, 29 August 2014

Ajaran MILLAH ABRAHAM - Konsep MBA (Manusia, Bumi dan Al-Quran) yang SESAT ! Bahagian Pertama

 Golongan MILLAH ABRAHAM mempunyai susun atur yang sangat halus di dalam menyampaikan ajaran sesat mereka kepada orang-orang Islam khususnya. Setelah di timbulkan persoalan tentang pengabdian manusia dan jin kepada Allah apabila ayat Quran Surah Az-Zariyat (51) ayat 56 di selewengkan dalam mukadimah ajaran mereka yang dinamakan SILAH FORMAL, mereka teruskan agenda dengan KONSEP MBA yang pada mulanya merujuk beberapa ayat-ayat Quran yang menganjurkan usaha mereka untuk kembalikan manusia kepada AL-Quran. Pendekatan ini adalah bagi tujuan membuat mangsa mereka berasa bahawa golongan MILLAH ABRAHAM memperjuangkan AL-QURAN dan pada masa yang sama mangsa akan diasak hingga menjadi was-was dan membuatkan mereka berasa selama ini mereka tidak berusaha untuk memahami AL-Quran. Buat permulaan konsep MBA ini bermula dengan merujuk Allah sebagai Ar Rahman di mana Surah Ar-Rahman (55) ayat 1 – 3 dirujuk. Kemudian surah Al-Baqarah (2) ayat 21 dirujuk. Pendekatan ini memang halus kerana diakhir penjelasan konsep MBA, mangsa golongan MILLAH ABRAHAM akan diselewengkan dengan fahaman untuk menerima AL-KITAB BIBLE sebagai petunjuk dan penjelasan kepada ciri-ciri SIROTOL MUSTAQIM. Kita analisa dan kaji setiap sudut konsep MBA yang sesat lagi menyelewengkan ini.

Penyelewengan bermula dengan menimbulkan persoalan-(rujuk MODUL TLWH MK) “ Apa perbezaan antara AL-INSAN dan AN-NAS ?” Mereka kemudian menjelaskan bahawasanya AN NAS dibahagikan kepada INSAN yakni 100% mengabdi dengan cara mahunya Allah, ini kategori pertama. Kemudian dengan merujuk Surah Al-Araf (7) ayat 176, ada kategori anjing dan dengan merujuk Surah An-Nas (114) ada kategori syaitan. Mungkin ada kekeliruan di sini. Jelas sekali penguasaan golongan ini terhadap bahasa Arab Quran amat lemah sekali.



untuk ulasan selanjutnya - dapatkan BUKU - AJARAN  SESAT  MLLAH ABRAHAM !

No comments:

Post a Comment