Friday, 29 August 2014

DEBAT BLOGGER - PEOPLE AGAINST OPPOSITION dan MILLAH ABRAHAM

BLOGGER : People Against  Opposition
KOMEN (MILLAH  ABRAHAM)

Anonymous 16 August 2014 19:27

so, mane satu yg betul. Dlm pemerhatian saya, Islam itu sendiri terpecah, adanya pihak sunnah lah... Syiah lah..... Terbahagi pulak adanya mazhab.. Aduh penin tu... Siap bergaduh-gaduh lagi.... Mengaku je umat Nabi Muhammad... Mcm ni ke umat nabi muhammad. Masing2 berbangga dgn golongan masing2... Adakah keadaan sekarang ni yg diredhai Allah? Bila pergi masjid mendengar ceramah, ustaz2 ni masing2 suka jatuhkan hukum mengikut nafsu sendiri, masing2 tidak bersependapat. Bagaimana tu... Setahu saya muhammad tidak bawa perpecahan, dia membawa penyatuan. Dia tidak membawa Agama, dia membawa Sistem Kehidupan yg mensejahterakan muka bumi bg umat manusia. Sy berpendapat sebegini kerana membawa sejarah kenabian. Apa yg Muhammad buat dan merujuk pada AQ. LIHATLAH DUNIA SEKARANG, ADAKAH KEADAAN INI YANG DIREDHAI ALLAH?
 
Reply People Against Opposition 26 August 2014 05:04

FENOMEA perpecahan dalam agama bukanlah satu sebab untuk kita membuat lagi satu ajaran baru dan juga bukanlah satu alasan untuk mengangkat seorang Rasul Palsu.
Baca betul-betul Al-Quran, telah Allah sebut dengan jelas -
 
AL-Quran – Surah Al Kahf (18) ayat 6
Maka janganlah engkau (Muhammad) mencelakakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (AL-Quran).

AL-Quran – Surah Al Kahf (18) ayat 29
Dan katakanlah (Muhammad), “Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu, barang siapa yang hendak BERIMAN maka BERIMAN dan barang siap yang hendak KUFUR maka KUFUR.

Rujuk – AL-Quran-Surah Al Kafirun (109) ayat 1 – 6
Katakanlah (Muhammad), “ Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Kamu bukan penyembah apa yang aku sembah dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. UNTUKMU AGAMAMU DAN UNTUKKU AGAMAKU.

Allah mengizinkan MANUSIA membuat PILIHAN DI DUNIA INI. Jika berlaku PERPECAHAN dalam urusan agama, maka tanggung-jawab golongan yang membuat perpecahan tersebut pasti akan Allah PERSOAL di akhirat kelak.Sebagaimana Allah izinkan manusia untuk beriman atau kufur hatta hinggakan Surah Al-Kafirun, beri ruang orang KAFIR untuk terus duduk dalam KEKAFIRAN mereka.
Allah izinkan. Itu untuk kehidupan dunia tetapi di akhira, masing-masing kena jawab...
Tanggung jawab kita -

AL-Quran – Surah AL-Maidah (5) ayat 99
Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah MENYAMPAIKAN dan Allah mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

AL-Quran – Surah Az-Zariyat (51) ayat 54-55
Maka berpalinglah engkau daripada mereka (orang yang tidak mempercayai Rasul) dan engkau sekali tidak TERCELA. Dan berilah PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.

Akhir kalam ;
Surah Al Baqarah (2) ayat 67
Aku berlindung pada Allah DARIPADA AKU MENJADI ANTARA ORANG-ORANG YANG BODOH.
 
Reply (MILLAH  ABRAHAM)
 
Anonymous29 August 2014 02:28

Tiap-tiap umat mempunyai ajal (QS 10 Ayat 49). Sebagai sebuah siklus kehidupan yang rasional dan ilmiah bagaikan pergantian siang dan malam (QS 3 Ayat 190). Kedatangan akan Utusan Tuhan (Rosul, Messiah, Sang Juru Selamat) adalah sebuah keniscayaan. Kalau umat sudah tidak lagi konsisten dengan ajaran Tuhan Semesta Alam maka sebelum dia mengazab suatu Bangsa maka harus ada Utusan/Juru Selamat untuk mengingatkan segenap manusia agar kembali kepada sistem hidup yang benar sehingga Tuhan Semesta Alam tidak berbuat dzolim terhadap umatnya (QS 17 Ayat 15, QS 28 Ayat 58-59). Hal serupa sebenarnya sudah berulang-ulang dikisahkan di dalam Al-Quran seperti pada kisah Kaum Nuh, Luth, Musa, Isa, dan Muhammad agar menjadi pelajaran bagi umat selanjutnya.
 
Reply  People Against Opposition 29 August 2014 08:31

Tafsiran yang SALAH.
QS 10 : 49
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya"

Ayat diatas TIDAK SEBUT LANGSUNG tentang Kedatangan akan Utusan Tuhan (Rosul, Messiah, Sang Juru Selamat). Satu pendustaan terhadap ayat-ayat Allah.
Ayat QS 3:190, langsung tidak bicarakan PENDUSTAAN tentang ajaran ADANYA RASUL INDONESIA untuk UMAT AKHIR ZAMAN...

Kita rujuk QS 3:190 sampai 193
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
.....
Cuba perhatikan ayat diatas, tidak sebut langsung tentang kerajaan Allah di bumi yang silih berganti setiap 700tahun. Ini adalah ajaran yang berasaskan PEMBOHONGAN.

Reply - People Against Opposition29 August 2014 08:32

QS 17:15
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

QS 28 - 58-59
Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka. Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

Bagi umat akhir zaman, telahpun datang SEORANG RASUL, sila rujuk 

QS 7:157
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:34

Kita boleh mendapat maklumat mudah daripada Al-Quran tentang berapa Rasul yang Allah utuskan untuk umat terakhir. Golongan Millah Abraham mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa yang sama mereka percaya akan adanya Rasul Akhir Zaman yang bernama Ahmad Musadeq yang berasal dari Indonesia. Jika kita ikuti ajaran golongan Millah Abraham ini maka akan ada dua Rasul yang diutuskan untuk umat akhir zaman. Allah s.w.t, pasti akan memaklumkan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang adanya seorang lagi Rasul yang akan diutuskan selepas beliau sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w . Justeru itu, firman Allah dalam Al-Quran yang mengarah Nabi Muhammad s.a.w untuk menerangkan tntang KERASULAN-nya pasti akan menyentuh tentang Ahmad Musadeq sebagai seorang RASUL jika benar adanya RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w. Malangnya idea ada RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w adalah satu PEMBOHONGAN yang tidak ada DALIL yang JELAS dalam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk selepas ini semuanya merakamkan bicara Nabi kepada umatnya bahwasanya beliau seorang sahaja RASUL yang diutus kepada mereka sekelian dari zaman beliau menerima wahyu pertama hingga akhir zaman.

Rujuk lagi QS 7:158
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".

Ayat di atas jelas lagi terang bahawa perkataan RASUL dalam keadaan MUFRAD (Singular) atau satu yang merujuk kepada kata nama RASUL yakni SEORANG RASUL ALLAH kepada kamu semua. JAMIAN dalam bahasa Arab merujuk kepada seluruh manusia yang tidak terhad manusia di zaman Nabi semata-mata. Maknanya merangkumi umat yang bakal datang hingga akhir zaman. Maka untuk keseluruhan manusia itu maka beliau seorang sahaja sudah memadai menjadi seorang sahaja RASUL dan NABI bagi mereka semua. Ayat-ayat dibawah menjadi dalil kepada kenyataan ini.
Surah Al-Baqarah (2) ayat 151
 
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang RASUL (Muhammad) dari (kalangan ) kamu yang YANG MEMBACAKAN AYAT-AYAT KAMI, MENYUCIKAN KAMU dan MENGAJARKAN KEPADAMU KITAB dan HIKMAH, serta MENGAJARKAN APA YANG BELUM KAMU KETAHUI.

Surah Ali Imran (3) ayat 164
Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang beriman ketika mengutus SEORANG RASUL (Muhammad) di tengah-tengah mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
 
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:36

Khutbah ini adalah pesanan Rasullullah s.a.w yang terakhir kepada umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijiriah (632 Masehi) di Lembah Uranah, Jabal Arafah ketika Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan Haji Widaq (Haji Perpisahan).
 
“ Wahai manusia, dengarlah baik-baik pesanku ini, aku tidak tahu sama ada selepas tahun ini, aku akan bertemu lagi dengan kamu. Oleh itu dengarkan apa yang akan aku katakan kepada kamu baik-baik dan ingatlah pesanku dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak ada di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap hari ini, bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan menyakiti sesiapa supaya tiada siapa yang akan menyakiti kamu.
Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu dan bahawa Dia akan menghitung segala amal-amal kamu. Allah telah mengharamkan riba, maka segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
 
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebuh mulia dari yang lain-nya kecuali dalam TAQWA dan AMAL SOLEH.
 
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan-ku.
 
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada agama lain yang baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan btul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah KITABULLAH (AL-QURAN) dan SUNNAH-KU.
 
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan RISALAH-MU kepada HAMBA-HAMBA MU..
 
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:37

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah KITABULLAH (AL-QURAN) dan SUNNAH-KU.
 
Reply People Against Oppositio29 August 2014 08:39

Ahmad Musadeq bukan RASUL ALLAH SELEPAS RASULLULAH S.A.W
Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w , timbul usaha-usaha untuk mengambil alih pengaruh dan penguasaan ISLAM yang telah berkembang dengan pesatnya ke seluruh dunia. Cara mudah untuk mendapatkan sokongan dan mengambil kesempatan daripada pengaruh Islam adalah dengan membuat pengakuan seseorang itu adalah Rasul atau Nabi Allah dengan mengaitkan Islam kepada pengakuan Rasul ini. Cubaan ini berlaku sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w wafat di mana semua cubaan-cubaan ini telah dihapuskan pada zaman Khalifah Saidina Abu Bakar a.s dan juga zaman-zaman selepas Khulafa Ar-Rashidun. 

Ini adalah satu keadaan mudah difahami dimana tidak seorang pun dari kalangan sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w yang memahami isi kandungan AL-Quran yang jelas TIDAK menerima konsep akan datangnya seorang Rasul selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. 

Semua ini menunjukkan tidak ada disebut di dalam AL-Quran tentang akan datangnya seorang Rasul SELEPAS (min ba’da) kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Jika di kaji isi kandungan AL-Quran secara keseluruhan maka jelas setiap ayat yang merujuk akan adanya Rasul pada Nabi Muhammad s.a.w ia akan disebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD). 

Urusan Allah menghantar rasul adalah sesuatu yang penting untuk manusia agar di akhirat tidak ada manusia yang dizalimi kerana tidak dikhabarkan hakikat kehidupan sesudah mati. Jika urusan menghantar Rasul adalah antara tiang agama, mustahil tidak ada satu ayat pun di dalam AL-QURAN yang tidak menerangkan tentang adanya RASUL SELEPAS Rasullulah s.a.w. Namun begitu, seluruh ayat AL-QURAN yang menyebut tentang adanya RASUL kepada Rasullulah s.a.w adalah mengisahkan tentang para anbiya dan rusul (jamak kepada rasul) semuanya menyebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD). 

Adakah ini satu kealpaan atau Allah tercicir menyebut tentang seorang Rasul Akhir Zaman selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jika Allah boleh sebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD) dan jika benar Ahmad Musadeq ini utusan Allah maka sekurang-kuranya perlu ada sebutan RASUL MIN BA’DA - iaitu RASUL SELEPAS KAMU (MUHAMMAD).

Sila Rujuk -
 
AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 10
Dan sesungguhnya BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULIN MIN QABLIKA) telah diperolok-olokkan sehingga turunlah azab kepada orang-orang yang mencemuh itu sebagai balasan olok-olokan mereka.
 
AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 34
Dan sesungguhnya RASUL-RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) pun telah didustakan, tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan terhadap mereka sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Dan tiada yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian (MIN NABAIL MURSALIN) berita rasul rasul itu.

Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:39

Ayat ini juga menambah bahawasanya apa sahaja berita tentang rasul-rasul yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah tentang rasul-rasul sebelum beliau dan ini adalah kalimah Allah yang tidak dapat diubah. Maka di sini jelas, tidak ada rasul atau rasul-rasul SELEPAS Nabi Muhammad s.aw yang mana berita-berita tentang rasul-rasul tersebut disampaikan kepada beliau di dalam AL-Quran ini. Tidak ada ! Cuma ada perkhabaran tentang RASUL-RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA). Jika berita-berita tentang rasul-rasul SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) diceritakan dalam Al-Quran, mustahil jika ada rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w, berita-berita tentang rasul tersebut tidak dikhabarkan dalam Al-Quran. Tidak perlu selewengkan ayat-ayat Quran semata-semata untuk mengesahkan adanya Rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w.

AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 42
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMIN MIN QABLIKA), kemudian Kami seksa mereka dengan (menimpakan) kemelaratan dan kesengsaraan, agar mereka memohon dengan rendah hati.
Di perjelaskan lagi dalam ayat di atas bukan sahaja rasul-rasul manusia hanya ada sebelum Nabi Muhammad (s.a.w), Allah utuskan rasul-rasul kepada umat-umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w (UMAMIN MIN QABLIKA). Tidak ada disebut tentang umat-umat (UMAMIN MIN BA’DA) selepas Nabi Muhammad s.a.w di hantar rasul rasul. Tidak ada ! Cuma ada Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau (Muhammad) (UMAMIN MIN QABLIKA).

AL-QURAN – Surah Yusuf (12) ayat 109
Dan Kami TIDAK MENGUTUS SEBELUM MU (Muhammad) MELAINKAN LELAKI YANG KAMI BERIKAN WAHYU ( WA MAA ARSALNAKA MIN QABLIKA ILLA RIJALANN NUHI ILAIHIM) KEPADANYA DI ANTARA PENDUDUK NEGERI.

AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat 32
Dan sesungguhnya BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (BI RUSULI MIN QABLIKA) telah diperolok-olokkan, maka Aku beri menangguhkan azab kepada orang-orang kafir itu. Kemudian aku binasakan mereka . Maka alangkah kras azabnya seksaan Ku-itu !

Reply People Against Opposition29 August 2014 08:40

AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat 38
Dan sesungguhnya, Kami telah MENGUTUSKAN BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (RUSULAN MIN QABLIKA) dan Kami berikan kepada mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu AYAT melainkan dengan IZIN ALLAH. Setiap masa ada kitab.

AL-QURAN – Surah Al Hijr (15) 10
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA MIN QABLIKA) kepada golongan-golongan (SYIAH’AN) yang terdahulu.
 
AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 43
Dan Kami tidak mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MA ARSALNA MIN QABLIKA) melainkan lelaki yang Kami sampaikan wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada AHLUL ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang mengingati Allah) jika kamu tidak mengetahui.
Ayat di atas jelas menerangkan bahwa RASUL ALLAH adalah lelaki yang diberikan wahyu. Jika Ahmad Musadeq mengaku beliau seorang RASUL, maka beliau harus membuktikan menerima wahyu daripada Allah !

AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 63
Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus (Rasul-Rasul) kepada umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMMIN MIN QABLIKA) tetapi syaitan menjadikan indah perbuatan mereka. …….

AL-QURAN – Surah Al-Isra (17) ayat 77
Itu adalah sunnah bagi rasul-rasul yang Kami utuskan SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA QABLAKA MIN RUSULINA)

AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 7
Dan Kami tidak mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MAA ARSALNA QABLAKA) melainkan beberapa lelaki yang Kami sampaikan wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada AHLUL ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang mengingati Allah) jika kamu tidak mengetahui.

Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:40

AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 25
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun SEBELUM engkau (Muhammad)(WA MAA ARSALNA MIN QABLIKA) melainkan kami wahyukan kepadanya , bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, maka sembahlah Aku.
 
AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 41
Sesungguhnya, rasul-rasul SEBELUM engkau (Muhammad) (BI RUSULIN MIN QABLIKA) telah dipermain-mainkan…..
 
AL-QURAN – Surah Al-Hajj (22) ayat 52
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul dan tidak juga seorang NABI SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MAA ARSALNA MIN QABLIKA MIN RASULIN WA LA NABIYIN) ……

AL-QURAN – Surah Al-Furqan (25) ayat 20
Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul SEBELUM MU (Muhammad) (WA MA ARSALNA QABLAKA MINAL MURSALIN) melainkan mereka pasti memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar……..
AL-QURAN – Surah Ar-Rum (30) ayat 47
Sesungguhnya Kami telah utuskan SEBELUM engkau (Muhammad) beberapa orang rasul kepada kaumnya (WA LAQAD ARSALNA MIN QABLIKA RUSULAN ILLA QAUMIHI) mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan-keterangan…..
AL-QURAN – Surah Al-Fathir (35) ayat 4
Dan jika mereka mendustakan engkau (Muhammad), sesungguhnya rasul-rasul sebelum engkau (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) telah didustakan juga. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.
 
AL-QURAN – Surah Al-Ghafir (40) ayat 78
Dan sesungguhnya , Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelum engkau (Muhammad) (ARSALNA RUSULAN MIN QABLIKA) di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan diantaranya ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu…..
Di tempat ayat di ataslah adalah antara tempat yang terbaik di dalam menerangkan tentang kedatangan RASUL SELEPAS Nabi Muhammad s.a.w kerana di sini ALLAH terangkan, Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelum engkau (Muhammad) (ARSALNA RUSULAN MIN QABLIKA) di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan diantaranya ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu……dan jika ada RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w meskipun tidak diceritakan, maka disinilah tempat yang terbaik untuk Allah terangkan. Di sini jelaslah bahawa Ahmad Musadeq bukan Rasul Akhir Zaman kerana cuma ada satu sahaja Rasul Akhir Zaman yakni Nabiyil Karim Muhammad Ibnu Abdullah s.a.w.
 
AL-QURAN – Surah Al-Fussilat (41) ayat 43
Apa yang dikatakan oleh orang-orang kafir kepadamu (Muhammad) tidak lain adalah apa yang sudah dikatakan kepada rasul-rasul SEBELUM-mu (Muhammad) (LI RUSULI MIN QABLIKA)…..
 
AL-QURAN – Surah Al-Zukhruf (43) ayat 45
Dan tanyalah kepada rasul-rasul Kami yang telah Kami utus SEBELUM engkau (Muhammad)….(ARSALNA MIN QABLIKA MIN RUSULINA)…

  • Noor Mohamed

Ajaran MILLAH ABRAHAM - Konsep MBA (Manusia, Bumi dan Al-Quran) yang SESAT ! Bahagian Akhir

Permulaan kepada konsep MBA (Manusia, BUMI dan AL-Quran), golongan MILLAH ABRAHAM masih lagi mendukung bahawasanya AL-Quran perlu sebagai petunjuk. Mereka membuat andaian bahawa umat Islam seluruh dunia, tidak lagi mengambil AL-QURAN sebagai panduan dan mereka sajalah golongan yang memperjuangkan AL-QURAN. Mereka lupa bahawa terjemah-terjemah AL-QURAN yang mereka guna sebagai rujukan tidak kira dalam bahasa Indonesia atau Bahasa Malaysia, semuanya diterjemahkan oleh ulama-ulama Islam moden kontemporari seperti Mahmud.Yunus (Indonesia), Terjemahan 10 Ulamak (Indonesia), Terjemahan Ar-Rahman (Malaysia) dan lain-lain. Para penterjemah Indonesia dan Malaysia pula merujuk kepada kitab-kitab tafsir muktabar di dalam membuat terjemahan Arab Quran kepada Bahasa Indonesia atau Bahasa Malaysia. Selain daripada itu, para penterjemah juga merujuk kepada Sirah Nabawiyyah dan Hadis-Hadis Sahih. Jika kita semak daftar perpustakaan mana-mana terjemahan sama-ada Bahasa Indonesia atau Bahasa Malaysia kita akan dapati kitab-kitab rujukan ulama-ulama muktabar silam dan moden seperti berikut ;
  • Al-Asfahani , Abil Qasim ar-Ragib, Al-Mufradat fi Garib Al-Quran
  • Ahmad, Abdullah, Tafsir Al-Quran al-Jalil Haqa’iqu at Ta’wil
  • Al-Alusi, Syihabuddin as-Sayyid, Ruh Al Ma’ani fi Tafsir Al-Quran al Azim wal sab Al Masani
  • Ali, Abdullah Yusuf – The Holy Quran
  • Al-Baqi, Muhammad Fu ad Abd, al-Mujam al-Mufahras li Alfaz Al-Quran al-Karim
  • Badawi, Ahmad, Min Balaghah Al Quran
  • Al-Bagawi, Tafsir Ma’alim at-Tanzil
  • Al-Bagdadi, Ali Ibnu Muhammad Ibnu Ibrahim, Tafsir Al-Khazin
  • Al-Baidawi, Abdullah Ibnu Umar, Anwar at Tanzil wa Asrar at Ta’wil
  • Al-Bukhari, Abi Abdullah Muhammad ibnu Ismail, Sahih Al Bukhari
  • Al-Fairuzzzabadi, Abi Tahir Muhammad ibnu Ya’qub, Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibnu Abbas
  • Hakim, as Sayyid Muhammad - Ijaz Al Quran
  • Haikal, Muhammad Husain, Hayatu Muhammad
  • Al-Hijazi, Muhammad Mahmud, Tafsir al-Wadih
  • Ibnu Hayyan – Tafsir Al Bahar Al Muhit
  • Ibnu Al-Arabi – Abu Bakr Muhammad Ibnu Abdillah, Ahkam Al-Quran
  • Ibnu Hisham, as-Sirrah An-Nabawiyyah
  • Ibnu Kasir, Abu Al Fida Ismail, Tafsir Al-Quran
  • Ibnu Muhammad, Nizammudin al-Hasan, Gara’ib Al-Quran wa Raga’ib Al-Quran
  • Ibnu Saurah, Sunan at Tirmizi
  • Ibrahim, Muhammad Ismail, al Quran wa Ijazuh al Ilmi
  • Al-Jawi, Muhammad Nawawi, Marah Labid at-Tafsir al Munir li Ma’alim at Ta’wil
  • Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad, Ahkam Al-Quran
  • Al-Jauhari, Tantawi, al-Jawahir fi Tafsir Al Quran al Karim
  • Al-Jazairi, Abu Bakar Jabir, Aisar at Tafassir li-Kalam al Aliyy Al Kabir
  • Al-Jurjani, Ali Ibnu Muhammad Syarif, Kitab at Tarifat
  • Khazin, Alauddin Ali bin Muhammad, Lubab at Ta’wil fi Ma’ani at-Tanzil
  • Al-Mahalli, Jallalludin as-Suyyuti, Tafsir Al Jalallain
  • Makhluf, Hassanain Muhammad, Safwah al-Bayan li Ma’ani al-Quran
  • Al-Maragi, Ahmad Mustafa , Tafsir Al-Maragi
  • Marmaduke, Pickthall, The Glorious Quran
  • Nasir, Abdurrahman, Tafsir Taisir ar-Rahman
  • An-Naisaburi, Abi Al Hassan Ali Ibnu Muhammad al Wahidi, Asbab an Nuzul
  • An-Nasafi, Abdullah Ibnu Muhammad ibnu Mahmud, Madarik at-Tanzil wa Haqa’iq at-Ta’wil
  • Naufal, Abd ar-Razzaq, Mu’jizat al-Arqam wa at-Tarqim
  • Al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin, Mahasin at-Ta’wil
  • Al-Qattan, Manna ‘Khalil, Mabahis fi Ulum al-Quran
  • Qutb, Sayyid, Fi-Zillal al-Quran
  • Al-Qurtubi, Muhammad Ibnu Ahmad, al-Jami li Ahkam al-Quran
  • Ar-Radi, asy Syarif, Talkhis al Bayan fi Mafaz al-Quran Karim
  • Ar-Razi, al-Fakhr, at Tafsir al Kabir
  • Rida, Muhammad Rashid, Tafsir Al Manar
  • Ar-Rummani, et.al, Salas Rasa’il fi Ijaz al-Quran
  • As-Sabuni, Muhammad Ali, Safwat at-Tafasir, at-Tibyan fi Ulum Al-Quran, Rawa’I al-Bayan Tafsir Ayat Al-Ahkam
  • Shihab, M.Quraish, Tafsir Al Misbah
  • Asy-Syahin, Abd As Sabur, Tarikh Al Quran
  • Asy-Syaukani, Fath Al-Qadir
  • At-Tabataba’i, Muhammad Husain, al-Mizan fi Tafsir al-Quran
  • At-Tabari, Abu Ja’faar Muhammad, Jami al Bayan fi Tafsir Al Quran
  • At-Tabarisi, Abu Ali Fadl ibnu Al Hassan, Majma al Bayan fi Tafsir al Quran
  • Wajdi, Muhammad Farid, Da’irah al-Ma’arif al-Qarn al_Isyrin
  • Wensinck, A.J, al-Mujam al-Mufaharas li Alfaz al Hadis an Nabawi an Kutub as Sittah wa an Musnad ad Darimi wa Muwatta wa Musnad Ahmad Ibnu Hambal
  • Az-Zahabi, at-Tafsir wa al Mufassirun
  • Az-Zamaksyari, Mahmud Ibnu Umar, al-Kasysyaf
  • Az-Zarkasyi, Badruddin Muhammad bin Abdullah, al-Burhan fi Ulum Al-Quran
  • Az-Zarqani, Muhammad Abd Al Azmim, Manahil al-Irfan fi Ulum Al-Quran
  • Az-Zuhaili, Wahbah, Tafsir Al Munir

untuk ulasan selanjutnya - dapatkan BUKU - AJARAN  SESAT  MLLAH ABRAHAM !

Ajaran MILLAH ABRAHAM - Konsep MBA (Manusia, Bumi dan Al-Quran) yang SESAT ! Bahagian Pertama

 Golongan MILLAH ABRAHAM mempunyai susun atur yang sangat halus di dalam menyampaikan ajaran sesat mereka kepada orang-orang Islam khususnya. Setelah di timbulkan persoalan tentang pengabdian manusia dan jin kepada Allah apabila ayat Quran Surah Az-Zariyat (51) ayat 56 di selewengkan dalam mukadimah ajaran mereka yang dinamakan SILAH FORMAL, mereka teruskan agenda dengan KONSEP MBA yang pada mulanya merujuk beberapa ayat-ayat Quran yang menganjurkan usaha mereka untuk kembalikan manusia kepada AL-Quran. Pendekatan ini adalah bagi tujuan membuat mangsa mereka berasa bahawa golongan MILLAH ABRAHAM memperjuangkan AL-QURAN dan pada masa yang sama mangsa akan diasak hingga menjadi was-was dan membuatkan mereka berasa selama ini mereka tidak berusaha untuk memahami AL-Quran. Buat permulaan konsep MBA ini bermula dengan merujuk Allah sebagai Ar Rahman di mana Surah Ar-Rahman (55) ayat 1 – 3 dirujuk. Kemudian surah Al-Baqarah (2) ayat 21 dirujuk. Pendekatan ini memang halus kerana diakhir penjelasan konsep MBA, mangsa golongan MILLAH ABRAHAM akan diselewengkan dengan fahaman untuk menerima AL-KITAB BIBLE sebagai petunjuk dan penjelasan kepada ciri-ciri SIROTOL MUSTAQIM. Kita analisa dan kaji setiap sudut konsep MBA yang sesat lagi menyelewengkan ini.

Penyelewengan bermula dengan menimbulkan persoalan-(rujuk MODUL TLWH MK) “ Apa perbezaan antara AL-INSAN dan AN-NAS ?” Mereka kemudian menjelaskan bahawasanya AN NAS dibahagikan kepada INSAN yakni 100% mengabdi dengan cara mahunya Allah, ini kategori pertama. Kemudian dengan merujuk Surah Al-Araf (7) ayat 176, ada kategori anjing dan dengan merujuk Surah An-Nas (114) ada kategori syaitan. Mungkin ada kekeliruan di sini. Jelas sekali penguasaan golongan ini terhadap bahasa Arab Quran amat lemah sekali.

untuk ulasan selanjutnya - dapatkan BUKU - AJARAN  SESAT  MLLAH ABRAHAM !

Wednesday, 27 August 2014

Kefahaman SONGSANG GOLONGAN MILLAH ABRAHAM tentang QIYAMAT !

Di  dalam  konsep  anutan  MILLAH  ABRAHAM, golongan  ini  telah  menyelewengkan  maksud  QIYAMAT. Mereka membuat  andaian  bahawa QIYAMAT  bukanlah  yang bermula  dengan  DUNIA  DIHANCURKAN  kemudian  diikuti  dengan  MANUSIA  dan JIN DI PERHITUNGKAN AMALAN  MEREKA  di hadapan  MALIK  YAUMID DEEN – RAJA  HARI  AGAMA  (DEEN) …yakni  HARI  PEMBALASAN.  Tetapi  ini  telah  dipesongkan  kerana  mereka  telah  membawa  satu  ajaran  yang  tidak  disokong  oleh  keseluruhan  ayat-ayat  AL-Quran. Golongan  ini  TIDAK  PERCAYA  kepada  SUNNAH  dan  HADIS  NABI  s.a.w  kerana banyak  HADIS-HADIS  yang  bercanggah  dengan fahaman  mereka. HADIS-HADIS  Nabi  s.a.w  mereka  buang  tetapi  ajaib sekali  golongan  ini  begitu  taksub  dengan  AL-KITAB  BIBLE yang  dikatakan boleh  menerangkan  tentang  ciri-ciri  sirrotol-mustaqim. AL-KITAB  BIBLE menjadi  sumber  rujukan  kerana  di dalamnya  ada semua  yang  mereka  perlukan  bagi  menyokong  ajaran  batil  mereka  ini. Mana-mana  ayat  yang  tidak  menepati  kehendak  mereka  maka  makna  ayat-ayat  akan  diselewengkan  dengan kefahaman  yang  mereka  reka  sendiri  tanpa  dirujuk  kepada  makna sebenar  perkataan-perkataan  di  dalam  bahasa  Arab Quran  tersebut.  Inilah  yang  dilakukan  kepada perkataan QIYAMAH.  Menurut  ajaran  MILLAH  ABRAHAM  melalui  penulisan  karangan  mereka yang bertajuk Modul TLWH MK mereka  membuat  kesimpulan ;
tanya  propsek  sama-ada  dia  setuju  bahawa  hari  kiamat  bukan  bermaksud  hari  kehancuran, tetapi  hari  kebangkitan  DIEN. Kerana  hari  kehancuran  itu  hanya  ada  pada  sisi  Allah.  Tidak ada  yang  mengetahui  selain Dia.

Begitulah  sesatnya  golongan  ini  hinggakan  mereka  sanggup  berbohong  dan  mengada-adakan  ajaran palsu  demi  untuk  membenarkan  kehadiran  seorang  RASUL  PALSU  di kalangan  mereka. Mereka  membuat  andaian QIYAMAT  dengan  QIYAM  yang  bermaksud  berdiri  atau  bangkit  tegak  maka  mereka  membuat  andaian bahwa  QIYAMAT  adalah  Hari  DIEN  di bangkitkan. 

untuk ulasan selanjutnya - dapatkan BUKU - AJARAN  SESAT  MLLAH ABRAHAM !

Berapa RASUL ALLAH hantar untuk UMAT AKHIR ZAMAN ?

Kita  boleh  mendapat maklumat  mudah  daripada  Al-Quran  tentang  berapa  Rasul  yang  Allah  utuskan  untuk  umat  terakhir. Golongan  Millah  Abraham  mengakui  kerasulan  Nabi  Muhammad  s.a.w.  Pada  masa  yang  sama  mereka  percaya  akan adanya  Rasul  Akhir  Zaman  yang  bernama Ahmad  Musadeq yang  berasal  dari  Indonesia. Jika  kita  ikuti  ajaran  golongan Millah Abraham ini  maka  aka nada  dua  Rasul  yang diutuskan  untuk umat  akhir zaman. Allah s.w.t, pasti akan  memaklumkan  kepada  Nabi  Muhammad s.a.w  tentang  adanya  seorang  lagi  Rasul  yang  akan diutuskan  selepas  beliau  sebagaimana  Nabi  Muhammad  s.a.w . Justeru  itu, firman Allah  dalam Al-Quran  yang  mengarah  Nabi  Muhammad  s.a.w  untuk  menerangkan tntang  KERASULAN-nya  pasti  akan  menyentuh  tentang  Ahmad Musadeq  sebagai  seorang  RASUL  jika  benar  adanya  RASUL  selepas  Nabi  Muhammad  s.a.w.  Malangnya  idea  ada RASUL  selepas  Nabi  Muhammad s.a.w  adalah  satu  PEMBOHONGAN  yang  tidak  ada  DALIL  yang  JELAS  dalam Al-Quran.  Ayat-ayat  Al-Quran  yang  dirujuk  selepas  ini  semuanya  merakamkan  bicara  Nabi  kepada umatnya  bahwasanya  beliau  seorang  sahaja  RASUL  yang  diutus  kepada  mereka  sekelian dari  zaman beliau  menerima  wahyu  pertama  hingga  akhir  zaman.

AL-QURAN – Surah Al-Araf (7)  ayat  158
Katakanlah (Muhammad), “Wahai  manusia !  Sesungguhnya  aku ini  RASUL-LULLAH  Bagi  KAMU  SEMUA  (JAMIAN). Yang  memiliki  kerajaan  kerajaan  langit  dan  bumi. Tidak  ada  TUHAN  selain  DIA. Yang  menghidupkan  dan  mematikan, maka  berimanlah kamu  kepada  Allah  dan  Rasulnya  iaitu  Nabi  yang  ummi  yang  beriman kepada  Allah  dan  kepada  kalimat-kalimatNya. Ikutilah  dia,  agar  kamu  mendapat petunjuk.

Ayat  di atas  jelas  lagi  terang  bahawa  perkataan RASUL  dalam keadaan MUFRAD (Singular)  atau  satu  yang  merujuk  kepada  kata  nama  RASUL  yakni  SEORANG  RASUL  ALLAH  kepada  kamu  semua. JAMIAN  dalam  bahasa  Arab  merujuk  kepada  seluruh  manusia  yang  tidak  terhad  manusia  di zaman  Nabi  semata-mata. Maknanya  merangkumi  umat  yang  bakal  datang  hingga  akhir  zaman. Maka  untuk  keseluruhan  manusia  itu  maka  beliau  seorang  sahaja  sudah  memadai  menjadi  seorang  sahaja  RASUL  dan  NABI  bagi  mereka  semua. Ayat-ayat  dibawah  menjadi  dalil  kepada  kenyataan  ini.

Surah  Al-Baqarah  (2)  ayat  151
Sebagaimana  Kami  telah  mengutus  kepadamu  seorang  RASUL  (Muhammad)  dari  (kalangan) kamu  yang  YANG  MEMBACAKAN  AYAT-AYAT  KAMI, MENYUCIKAN  KAMU  dan  MENGAJARKAN KEPADAMU  KITAB   dan  HIKMAH, serta  MENGAJARKAN  APA  YANG  BELUM  KAMU  KETAHUI.

Surah  Ali  Imran  (3)  ayat  164
Sungguh  Allah  telah  memberi  karunia  kepada  orang-orang  beriman  ketika  mengutus  SEORANG  RASUL  (Muhammad)  di  tengah-tengah  mereka  dari  kalangan  mereka sendiri, yang  membacakan  kepada  mereka  ayat-ayat  Nya, menyucikan  (jiwa) mereka dan mengajarkan mereka  Kitab  dan  Hikmah meskipun  sebelumnya  mereka  benar-benar  dalam  kesesatan  yang  nyata. 

Surah  An-Nisa (4)  ayat  79-80
Kebajikan  apa  pun  yang  kamu  peroleh  adalah  dari  sisi  Allah  dan  keburukan  apa  pun  yang menimpamu  itu  dari  dirimu  sendiri. Kami  mengutusmu  menjadi  RASUL kepada  MANUSIA.  Dan  cukuplah  Allah yang  menjadi  saksi.  Barangsiapa  mentaati  RASUL  maka sesungguhnya  dia  telah  mentaati  Allah.  Dan  barang  siapa  berpaling maka  Kami  tidak  mengutusmu (Muhammad)  untuk  menjadi  pemelihara  mereka.

AL-Quran : Surah  An-Nisa (4)  ayat  170
Wahai  manusia !  Sungguh  telah  datang  RASUL  (Muhammad)  kepadamu dengan  kebenaran  dari  Tuhanmu, maka  berimanlah, itu  lebih  baik bagimu. Dan  jika  kamu  kafir (itu  tidak  merugikan  Allah  sedikitpun)  kerana  sesungguhnya  milik  Allah –lah  apa  yang  di  langit  dan  di  bumi.  Allah  Maha  Mengetahui, Mahabijaksana.

Tidak ada RASUL - SELEPAS RASULLULLAH s.a.w !

Setelah  wafatnya  Nabi  Muhammad  s.a.w , timbul  usaha-usaha  untuk  mengambil  alih  pengaruh  dan  penguasaan  ISLAM  yang  telah  berkembang  dengan  pesatnya  ke  seluruh  dunia.  Cara  mudah  untuk  mendapatkan  sokongan  dan  mengambil  kesempatan  daripada  pengaruh  Islam  adalah  dengan  membuat  pengakuan  seseorang  itu  adalah  Rasul  atau  Nabi  Allah dengan mengaitkan Islam kepada pengakuan Rasul ini.  Cubaan  ini  berlaku  sebaik  sahaja  Nabi  Muhammad  s.a.w  wafat  di mana  semua  cubaan-cubaan  ini  telah  dihapuskan  pada  zaman  Khalifah  Saidina  Abu  Bakar  a.s  dan  juga  zaman-zaman  selepas  Khulafa  Ar-Rashidun.  Ini  adalah  satu  keadaan  mudah  difahami  dimana  tidak  seorang pun  dari  kalangan  sahabat-sahabat  Rasullulah  s.a.w  yang memahami  isi  kandungan  AL-Quran yang jelas  TIDAK  menerima  konsep  akan  datangnya  seorang  Rasul  selepas  wafatnya  Nabi  Muhammad s.a.w.  Semua  ini  menunjukkan  tidak  ada  disebut  di dalam  AL-Quran  tentang  akan  datangnya  seorang  Rasul  SELEPAS (min ba’da)  kedatangan  Nabi  Muhammad  s.a.w.  Jika  di kaji  isi  kandungan  AL-Quran  secara  keseluruhan  maka  jelas  setiap  ayat  yang  merujuk  akan  adanya  Rasul  pada  Nabi  Muhammad  s.a.w  ia akan  disebut  RUSULAN  MIN  QABLIKA -  iaitu  RASUL-RASUL  SEBELUM  KAMU (MUHAMMAD). Urusan  Allah  menghantar  rasul  adalah  sesuatu  yang  penting  untuk  manusia  agar  di  akhirat  tidak  ada  manusia  yang  dizalimi  kerana  tidak  dikhabarkan  hakikat  kehidupan  sesudah  mati.  Jika  urusan  menghantar  Rasul  adalah  antara  tiang  agama, mustahil  tidak  ada  satu  ayat pun  di dalam  AL-QURAN  yang tidak  menerangkan  tentang  adanya  RASUL  SELEPAS  Rasullulah  s.a.w.  Namun  begitu, seluruh  ayat  AL-QURAN  yang  menyebut  tentang  adanya  RASUL  kepada  Rasullulah s.a.w  adalah  mengisahkan  tentang  para anbiya  dan  rusul (jamak kepada  rasul)  semuanya  menyebut RUSULAN  MIN  QABLIKA -  iaitu  RASUL-RASUL  SEBELUM  KAMU (MUHAMMAD). Adakah  ini  satu  kealpaan  atau  Allah  tercicir  menyebut  tentang  seorang Rasul  Akhir  Zaman  selepas  zaman  Nabi  Muhammad  s.a.w.  Jika  Allah  boleh  sebut RUSULAN  MIN  QABLIKA -  iaitu  RASUL-RASUL  SEBELUM  KAMU (MUHAMMAD) dan  jika  benar  Ahmad  Musadeq  ini  utusan  Allah  maka  sekurang-kuranya  perlu  ada  sebutan  RASUL  MIN  BA’DA -  iaitu  RASUL  SELEPAS  KAMU (MUHAMMAD). 

Sila  Rujuk -
AL-QURAN – Surah Al An’am (6)  ayat  10
Dan  sesungguhnya  BEBERAPA  RASUL  SEBELUM  ENGKAU (Muhammad)  (RUSULIN  MIN  QABLIKA) telah  diperolok-olokkan  sehingga  turunlah  azab  kepada  orang-orang  yang  mencemuh  itu  sebagai  balasan  olok-olokan  mereka.

AL-QURAN – Surah Al An’am  (6) ayat  34
Dan  sesungguhnya  RASUL-RASUL  SEBELUM  ENGKAU  (Muhammad) (RUSULUN  MIN  QABLIKA) pun  telah  didustakan, tetapi  mereka  sabar  terhadap  pendustaan  dan  penganiayaan terhadap  mereka sehingga  datang  pertolongan  Kami kepada  mereka.  Dan  tiada  yang  dapat  mengubah  kalimah-kalimah  Allah. Dan  sesungguhnya  telah  datang  kepadamu  sebahagian  (MIN  NABAIL  MURSALIN) berita rasul rasul itu.

Ayat  ini  juga  menambah  bahawasanya  apa  sahaja  berita  tentang  rasul-rasul  yang  disampaikan  kepada  Nabi  Muhammad  s.a.w  adalah  tentang  rasul-rasul  sebelum  beliau  dan  ini  adalah  kalimah  Allah  yang  tidak  dapat  diubah.  Maka  di sini  jelas, tidak  ada  rasul atau  rasul-rasul  SELEPAS  Nabi  Muhammad  s.aw  yang  mana  berita-berita  tentang  rasul-rasul  tersebut disampaikan  kepada  beliau  di dalam  AL-Quran  ini.  Tidak  ada !  Cuma  ada  perkhabaran  tentang  RASUL-RASUL  SEBELUM  ENGKAU  (Muhammad) (RUSULUN  MIN  QABLIKA).  Jika  berita-berita  tentang  rasul-rasul  SEBELUM  ENGKAU  (Muhammad) (RUSULUN  MIN  QABLIKA)  diceritakan  dalam  Al-Quran,  mustahil  jika  ada  rasul  selepas  Nabi  Muhammad  s.a.w, berita-berita tentang  rasul  tersebut  tidak  dikhabarkan  dalam  Al-Quran. Tidak  perlu  selewengkan  ayat-ayat  Quran  semata-semata  untuk  mengesahkan  adanya  Rasul  selepas  Nabi  Muhammad  s.a.w.        

AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 42
Dan  sesungguhnya, Kami  telah  mengutuskan  (rasul-rasul)  kepada  umat-umat  SEBELUM  engkau (Muhammad)  (UMAMIN MIN  QABLIKA), kemudian  Kami  seksa mereka  dengan  (menimpakan)  kemelaratan  dan kesengsaraan, agar  mereka  memohon  dengan  rendah  hati.  
Di  perjelaskan  lagi  dalam  ayat  di atas  bukan  sahaja  rasul-rasul  manusia  hanya  ada  sebelum  Nabi  Muhammad  (s.a.w), Allah  utuskan  rasul-rasul  kepada  umat-umat  sebelum  Nabi  Muhammad  s.a.w  (UMAMIN MIN  QABLIKA).  Tidak  ada  disebut  tentang  umat-umat  (UMAMIN  MIN  BA’DA)  selepas  Nabi  Muhammad  s.a.w  di  hantar  rasul rasul.  Tidak  ada ! Cuma  ada  Kami  telah  mengutuskan  (rasul-rasul)  kepada  umat-umat  sebelum  engkau (Muhammad)  (UMAMIN MIN  QABLIKA).

AL-QURAN – Surah Yusuf (12)  ayat 109
Dan  Kami  TIDAK  MENGUTUS  SEBELUM MU (Muhammad) MELAINKAN  LELAKI  YANG  KAMI  BERIKAN  WAHYU  ( WA MAA  ARSALNAKA  MIN  QABLIKA  ILLA  RIJALANN  NUHI  ILAIHIM) KEPADANYA  DI  ANTARA  PENDUDUK  NEGERI.

AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat  32
Dan  sesungguhnya   BEBERAPA  RASUL  SEBELUM  ENGKAU  (Muhammad)  (BI RUSULI  MIN  QABLIKA) telah  diperolok-olokkan, maka  Aku  beri  menangguhkan  azab  kepada  orang-orang  kafir  itu. Kemudian  aku  binasakan  mereka . Maka  alangkah  kras azabnya  seksaan  Ku-itu !

AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat  38
Dan sesungguhnya,  Kami  telah  MENGUTUSKAN  BEBERAPA  RASUL  SEBELUM  ENGKAU (RUSULAN  MIN QABLIKA) dan  Kami  berikan  kepada  mereka  isteri-isteri  dan  zuriat  keturunan. Tidak  ada  hak  bagi  seorang  Rasul  mendatangkan  sesuatu  AYAT  melainkan  dengan  IZIN  ALLAH.  Setiap  masa  ada  kitab. 

AL-QURAN – Surah Al Hijr (15) 10
Dan sesungguhnya, Kami  telah  mengutus  SEBELUM  engkau  (Muhammad) (ARSALNA MIN  QABLIKA) kepada  golongan-golongan  (SYIAH’AN)  yang  terdahulu.

AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 43
Dan Kami  tidak  mengutus  SEBELUM  engkau (Muhammad) (WA MA  ARSALNA  MIN  QABLIKA) melainkan lelaki yang  Kami  sampaikan  wahyu kepada  mereka, maka  bertanyalah  kepada AHLUL  ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang  mengingati  Allah)  jika  kamu  tidak  mengetahui.

Ayat  di atas  jelas  menerangkan  bahwa RASUL  ALLAH  adalah  lelaki  yang  diberikan  wahyu. Jika  Ahmad  Musadeq  mengaku  beliau  seorang  RASUL,  maka  beliau  harus  membuktikan menerima  wahyu  daripada  Allah !

AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 63
Demi Allah, sesungguhnya  Kami  telah  mengutus (Rasul-Rasul) kepada  umat-umat  SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMMIN MIN QABLIKA) tetapi  syaitan  menjadikan  indah  perbuatan  mereka. …….

AL-QURAN – Surah Al-Isra  (17) ayat 77
Itu adalah  sunnah  bagi  rasul-rasul  yang Kami  utuskan  SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA QABLAKA MIN  RUSULINA)

AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 7
Dan Kami  tidak  mengutus  SEBELUM  engkau (Muhammad) (WA MAA  ARSALNA  QABLAKA) melainkan beberapa  lelaki yang  Kami  sampaikan  wahyu kepada  mereka, maka  bertanyalah  kepada AHLUL  ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang  mengingati  Allah)  jika  kamu  tidak  mengetahui.

AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 25
Dan  Kami  tidak  mengutus  seorang  rasul  pun  SEBELUM  engkau  (Muhammad)(WA MAA ARSALNA MIN  QABLIKA)   melainkan  kami  wahyukan  kepadanya , bahwa  tidak  ada  Tuhan  yang  berhak  disembah  melainkan  Aku, maka sembahlah Aku.

AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 41
Sesungguhnya, rasul-rasul  SEBELUM  engkau (Muhammad) (BI RUSULIN  MIN  QABLIKA) telah  dipermain-mainkan…..

AL-QURAN – Surah Al-Hajj (22) ayat 52
Dan  Kami  tidak  mengutus  seorang  rasul  dan  tidak  juga  seorang  NABI  SEBELUM engkau  (Muhammad)  (WA MAA  ARSALNA  MIN  QABLIKA MIN  RASULIN  WA  LA  NABIYIN) 