|
BLOGGER : People Against Opposition |
KOMEN (MILLAH ABRAHAM)
Anonymous 16 August 2014 19:27
so, mane satu yg betul. Dlm pemerhatian saya, Islam itu sendiri
terpecah, adanya pihak sunnah lah... Syiah lah..... Terbahagi pulak
adanya mazhab.. Aduh penin tu... Siap bergaduh-gaduh lagi.... Mengaku je
umat Nabi Muhammad... Mcm ni ke umat nabi muhammad. Masing2 berbangga
dgn golongan masing2... Adakah keadaan sekarang ni yg diredhai Allah?
Bila pergi masjid mendengar ceramah, ustaz2 ni masing2 suka jatuhkan
hukum mengikut nafsu sendiri, masing2 tidak bersependapat. Bagaimana
tu... Setahu saya muhammad tidak bawa perpecahan, dia membawa penyatuan.
Dia tidak membawa Agama, dia membawa Sistem Kehidupan yg
mensejahterakan muka bumi bg umat manusia. Sy berpendapat sebegini
kerana membawa sejarah kenabian. Apa yg Muhammad buat dan merujuk pada
AQ. LIHATLAH DUNIA SEKARANG, ADAKAH KEADAAN INI YANG DIREDHAI ALLAH?
Reply People Against Opposition 26 August 2014 05:04
FENOMEA perpecahan dalam agama bukanlah satu sebab untuk kita
membuat lagi satu ajaran baru dan juga bukanlah satu alasan untuk
mengangkat seorang Rasul Palsu.
Baca betul-betul Al-Quran, telah Allah sebut dengan jelas -
AL-Quran – Surah Al Kahf (18) ayat 6
Maka janganlah engkau (Muhammad) mencelakakan dirimu kerana
bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman
kepada keterangan ini (AL-Quran).
AL-Quran – Surah Al Kahf (18) ayat 29
Dan katakanlah (Muhammad), “Kebenaran itu datangnya daripada
Tuhanmu, barang siapa yang hendak BERIMAN maka BERIMAN dan barang siap
yang hendak KUFUR maka KUFUR.
Rujuk – AL-Quran-Surah Al Kafirun (109) ayat 1 – 6
Katakanlah (Muhammad), “ Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. Kamu bukan penyembah apa yang aku sembah
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu
tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. UNTUKMU AGAMAMU DAN
UNTUKKU AGAMAKU.
Allah mengizinkan MANUSIA membuat PILIHAN DI
DUNIA INI. Jika berlaku PERPECAHAN dalam urusan agama, maka
tanggung-jawab golongan yang membuat perpecahan tersebut pasti akan
Allah PERSOAL di akhirat kelak.Sebagaimana Allah izinkan manusia untuk
beriman atau kufur hatta hinggakan Surah Al-Kafirun, beri ruang orang
KAFIR untuk terus duduk dalam KEKAFIRAN mereka.
Allah izinkan. Itu untuk kehidupan dunia tetapi di akhira, masing-masing kena jawab...
Tanggung jawab kita -
AL-Quran – Surah AL-Maidah (5) ayat 99
Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah MENYAMPAIKAN dan Allah mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
AL-Quran – Surah Az-Zariyat (51) ayat 54-55
Maka berpalinglah engkau daripada mereka (orang yang tidak
mempercayai Rasul) dan engkau sekali tidak TERCELA. Dan berilah
PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi
orang-orang mukmin.
Akhir kalam ;
Surah Al Baqarah (2) ayat 67
Aku berlindung pada Allah DARIPADA AKU MENJADI ANTARA ORANG-ORANG YANG BODOH.
Reply (MILLAH ABRAHAM)
Anonymous29 August 2014 02:28
Tiap-tiap umat mempunyai ajal (QS 10 Ayat 49). Sebagai sebuah
siklus kehidupan yang rasional dan ilmiah bagaikan pergantian siang dan
malam (QS 3 Ayat 190). Kedatangan akan Utusan Tuhan (Rosul, Messiah,
Sang Juru Selamat) adalah sebuah keniscayaan. Kalau umat sudah tidak
lagi konsisten dengan ajaran Tuhan Semesta Alam maka sebelum dia
mengazab suatu Bangsa maka harus ada Utusan/Juru Selamat untuk
mengingatkan segenap manusia agar kembali kepada sistem hidup yang benar
sehingga Tuhan Semesta Alam tidak berbuat dzolim terhadap umatnya (QS
17 Ayat 15, QS 28 Ayat 58-59). Hal serupa sebenarnya sudah
berulang-ulang dikisahkan di dalam Al-Quran seperti pada kisah Kaum Nuh,
Luth, Musa, Isa, dan Muhammad agar menjadi pelajaran bagi umat
selanjutnya.
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:31
Tafsiran yang SALAH.
QS 10 : 49
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat
dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa
yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan;
maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan
tidak dapat mereka menyegerakannya"
Ayat diatas TIDAK SEBUT
LANGSUNG tentang Kedatangan akan Utusan Tuhan (Rosul, Messiah, Sang Juru
Selamat). Satu pendustaan terhadap ayat-ayat Allah.
Ayat QS 3:190, langsung tidak bicarakan PENDUSTAAN tentang ajaran ADANYA RASUL INDONESIA untuk UMAT AKHIR ZAMAN...
Kita rujuk QS 3:190 sampai 193
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian
langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa
yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah
menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang
penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar
seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah
kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami
kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang
berbakti;
.....
Cuba perhatikan ayat diatas, tidak
sebut langsung tentang kerajaan Allah di bumi yang silih berganti setiap
700tahun. Ini adalah ajaran yang berasaskan PEMBOHONGAN.
Reply - People Against Opposition29 August 2014 08:32
QS 17:15
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran),
maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan
buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang
yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan
dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum
Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang
salah).
QS 28 - 58-59
Dan berapa banyak Kami
binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak
bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka
itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang
sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya
Kamilah yang mewarisi mereka. Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu
membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu
seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat
keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan
mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
Bagi umat akhir zaman, telahpun datang SEORANG RASUL, sila rujuk
QS 7:157
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi
yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di
dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka
dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda
yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan
ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang
ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan
memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang
diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:34
Kita boleh mendapat maklumat mudah daripada Al-Quran tentang berapa
Rasul yang Allah utuskan untuk umat terakhir. Golongan Millah Abraham
mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa yang sama mereka
percaya akan adanya Rasul Akhir Zaman yang bernama Ahmad Musadeq yang
berasal dari Indonesia. Jika kita ikuti ajaran golongan Millah Abraham
ini maka akan ada dua Rasul yang diutuskan untuk umat akhir zaman. Allah
s.w.t, pasti akan memaklumkan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang adanya
seorang lagi Rasul yang akan diutuskan selepas beliau sebagaimana Nabi
Muhammad s.a.w . Justeru itu, firman Allah dalam Al-Quran yang mengarah
Nabi Muhammad s.a.w untuk menerangkan tntang KERASULAN-nya pasti akan
menyentuh tentang Ahmad Musadeq sebagai seorang RASUL jika benar adanya
RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w. Malangnya idea ada RASUL selepas Nabi
Muhammad s.a.w adalah satu PEMBOHONGAN yang tidak ada DALIL yang JELAS
dalam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk selepas ini semuanya
merakamkan bicara Nabi kepada umatnya bahwasanya beliau seorang sahaja
RASUL yang diutus kepada mereka sekelian dari zaman beliau menerima
wahyu pertama hingga akhir zaman.
Rujuk lagi QS 7:158
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku
adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang
menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada
Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan
Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu
beroleh hidayah petunjuk".
Ayat di atas jelas lagi terang
bahawa perkataan RASUL dalam keadaan MUFRAD (Singular) atau satu yang
merujuk kepada kata nama RASUL yakni SEORANG RASUL ALLAH kepada kamu
semua. JAMIAN dalam bahasa Arab merujuk kepada seluruh manusia yang
tidak terhad manusia di zaman Nabi semata-mata. Maknanya merangkumi umat
yang bakal datang hingga akhir zaman. Maka untuk keseluruhan manusia
itu maka beliau seorang sahaja sudah memadai menjadi seorang sahaja
RASUL dan NABI bagi mereka semua. Ayat-ayat dibawah menjadi dalil kepada
kenyataan ini.
Surah Al-Baqarah (2) ayat 151
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang RASUL (Muhammad) dari
(kalangan ) kamu yang YANG MEMBACAKAN AYAT-AYAT KAMI, MENYUCIKAN KAMU
dan MENGAJARKAN KEPADAMU KITAB dan HIKMAH, serta MENGAJARKAN APA YANG
BELUM KAMU KETAHUI.
Surah Ali Imran (3) ayat 164
Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang beriman ketika
mengutus SEORANG RASUL (Muhammad) di tengah-tengah mereka dari kalangan
mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Nya, menyucikan
(jiwa) mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah meskipun
sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:36
Khutbah ini adalah pesanan Rasullullah s.a.w yang terakhir kepada
umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijiriah (632 Masehi)
di Lembah Uranah, Jabal Arafah ketika Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan
Haji Widaq (Haji Perpisahan).
“ Wahai manusia, dengarlah
baik-baik pesanku ini, aku tidak tahu sama ada selepas tahun ini, aku
akan bertemu lagi dengan kamu. Oleh itu dengarkan apa yang akan aku
katakan kepada kamu baik-baik dan ingatlah pesanku dan sampaikan kepada
sesiapa yang tidak ada di sini pada hari ini.
Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap hari ini, bulan ini dan kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
yang berhak. Jangan menyakiti sesiapa supaya tiada siapa yang akan
menyakiti kamu.
Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Tuhan
kamu dan bahawa Dia akan menghitung segala amal-amal kamu. Allah telah
mengharamkan riba, maka segala urusan yang melibatkan riba akan
dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas
kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah,
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebuh
mulia dari yang lain-nya kecuali dalam TAQWA dan AMAL SOLEH.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggung-jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaan-ku.
Wahai manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada agama lain
yang baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan btul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh
dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah KITABULLAH (AL-QURAN) dan SUNNAH-KU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan RISALAH-MU kepada HAMBA-HAMBA MU..
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:37
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah KITABULLAH (AL-QURAN) dan SUNNAH-KU.
Reply People Against Oppositio29 August 2014 08:39
Ahmad Musadeq bukan RASUL ALLAH SELEPAS RASULLULAH S.A.W
Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w , timbul usaha-usaha untuk
mengambil alih pengaruh dan penguasaan ISLAM yang telah berkembang
dengan pesatnya ke seluruh dunia. Cara mudah untuk mendapatkan sokongan
dan mengambil kesempatan daripada pengaruh Islam adalah dengan membuat
pengakuan seseorang itu adalah Rasul atau Nabi Allah dengan mengaitkan
Islam kepada pengakuan Rasul ini. Cubaan ini berlaku sebaik sahaja Nabi
Muhammad s.a.w wafat di mana semua cubaan-cubaan ini telah dihapuskan
pada zaman Khalifah Saidina Abu Bakar a.s dan juga zaman-zaman selepas
Khulafa Ar-Rashidun.
Ini adalah satu keadaan mudah difahami dimana tidak
seorang pun dari kalangan sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w yang
memahami isi kandungan AL-Quran yang jelas TIDAK menerima konsep akan
datangnya seorang Rasul selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.
Semua ini
menunjukkan tidak ada disebut di dalam AL-Quran tentang akan datangnya
seorang Rasul SELEPAS (min ba’da) kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Jika
di kaji isi kandungan AL-Quran secara keseluruhan maka jelas setiap ayat
yang merujuk akan adanya Rasul pada Nabi Muhammad s.a.w ia akan disebut
RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD).
Urusan
Allah menghantar rasul adalah sesuatu yang penting untuk manusia agar
di akhirat tidak ada manusia yang dizalimi kerana tidak dikhabarkan
hakikat kehidupan sesudah mati. Jika urusan menghantar Rasul adalah
antara tiang agama, mustahil tidak ada satu ayat pun di dalam AL-QURAN
yang tidak menerangkan tentang adanya RASUL SELEPAS Rasullulah s.a.w.
Namun begitu, seluruh ayat AL-QURAN yang menyebut tentang adanya RASUL
kepada Rasullulah s.a.w adalah mengisahkan tentang para anbiya dan rusul
(jamak kepada rasul) semuanya menyebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu
RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD).
Adakah ini satu kealpaan atau Allah
tercicir menyebut tentang seorang Rasul Akhir Zaman selepas zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Jika Allah boleh sebut RUSULAN MIN QABLIKA - iaitu
RASUL-RASUL SEBELUM KAMU (MUHAMMAD) dan jika benar Ahmad Musadeq ini
utusan Allah maka sekurang-kuranya perlu ada sebutan RASUL MIN BA’DA -
iaitu RASUL SELEPAS KAMU (MUHAMMAD).
Sila Rujuk -
AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 10
Dan sesungguhnya BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULIN
MIN QABLIKA) telah diperolok-olokkan sehingga turunlah azab kepada
orang-orang yang mencemuh itu sebagai balasan olok-olokan mereka.
AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 34
Dan sesungguhnya RASUL-RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN
QABLIKA) pun telah didustakan, tetapi mereka sabar terhadap pendustaan
dan penganiayaan terhadap mereka sehingga datang pertolongan Kami kepada
mereka. Dan tiada yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah. Dan
sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian (MIN NABAIL MURSALIN)
berita rasul rasul itu.
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:39
Ayat ini juga menambah bahawasanya apa sahaja berita tentang
rasul-rasul yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah tentang
rasul-rasul sebelum beliau dan ini adalah kalimah Allah yang tidak dapat
diubah. Maka di sini jelas, tidak ada rasul atau rasul-rasul SELEPAS
Nabi Muhammad s.aw yang mana berita-berita tentang rasul-rasul tersebut
disampaikan kepada beliau di dalam AL-Quran ini. Tidak ada ! Cuma ada
perkhabaran tentang RASUL-RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (RUSULUN MIN
QABLIKA). Jika berita-berita tentang rasul-rasul SEBELUM ENGKAU
(Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) diceritakan dalam Al-Quran, mustahil
jika ada rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w, berita-berita tentang rasul
tersebut tidak dikhabarkan dalam Al-Quran. Tidak perlu selewengkan
ayat-ayat Quran semata-semata untuk mengesahkan adanya Rasul selepas
Nabi Muhammad s.a.w.
AL-QURAN – Surah Al An’am (6) ayat 42
Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada
umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMIN MIN QABLIKA), kemudian Kami
seksa mereka dengan (menimpakan) kemelaratan dan kesengsaraan, agar
mereka memohon dengan rendah hati.
Di perjelaskan lagi dalam
ayat di atas bukan sahaja rasul-rasul manusia hanya ada sebelum Nabi
Muhammad (s.a.w), Allah utuskan rasul-rasul kepada umat-umat sebelum
Nabi Muhammad s.a.w (UMAMIN MIN QABLIKA). Tidak ada disebut tentang
umat-umat (UMAMIN MIN BA’DA) selepas Nabi Muhammad s.a.w di hantar rasul
rasul. Tidak ada ! Cuma ada Kami telah mengutuskan (rasul-rasul) kepada
umat-umat sebelum engkau (Muhammad) (UMAMIN MIN QABLIKA).
AL-QURAN – Surah Yusuf (12) ayat 109
Dan Kami TIDAK MENGUTUS SEBELUM MU (Muhammad) MELAINKAN LELAKI YANG
KAMI BERIKAN WAHYU ( WA MAA ARSALNAKA MIN QABLIKA ILLA RIJALANN NUHI
ILAIHIM) KEPADANYA DI ANTARA PENDUDUK NEGERI.
AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat 32
Dan sesungguhnya BEBERAPA RASUL SEBELUM ENGKAU (Muhammad) (BI
RUSULI MIN QABLIKA) telah diperolok-olokkan, maka Aku beri menangguhkan
azab kepada orang-orang kafir itu. Kemudian aku binasakan mereka . Maka
alangkah kras azabnya seksaan Ku-itu !
Reply People Against Opposition29 August 2014 08:40
AL-QURAN – Surah Al Rad (13) ayat 38
Dan sesungguhnya, Kami telah MENGUTUSKAN BEBERAPA RASUL SEBELUM
ENGKAU (RUSULAN MIN QABLIKA) dan Kami berikan kepada mereka
isteri-isteri dan zuriat keturunan. Tidak ada hak bagi seorang Rasul
mendatangkan sesuatu AYAT melainkan dengan IZIN ALLAH. Setiap masa ada
kitab.
AL-QURAN – Surah Al Hijr (15) 10
Dan
sesungguhnya, Kami telah mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA MIN
QABLIKA) kepada golongan-golongan (SYIAH’AN) yang terdahulu.
AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 43
Dan Kami tidak mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MA ARSALNA
MIN QABLIKA) melainkan lelaki yang Kami sampaikan wahyu kepada mereka,
maka bertanyalah kepada AHLUL ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang mengingati
Allah) jika kamu tidak mengetahui.
Ayat di atas jelas
menerangkan bahwa RASUL ALLAH adalah lelaki yang diberikan wahyu. Jika
Ahmad Musadeq mengaku beliau seorang RASUL, maka beliau harus
membuktikan menerima wahyu daripada Allah !
AL-QURAN – Surah An-Nahl (16) 63
Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus (Rasul-Rasul) kepada
umat-umat SEBELUM engkau (Muhammad) (UMAMMIN MIN QABLIKA) tetapi syaitan
menjadikan indah perbuatan mereka. …….
AL-QURAN – Surah Al-Isra (17) ayat 77
Itu adalah sunnah bagi rasul-rasul yang Kami utuskan SEBELUM engkau (Muhammad) (ARSALNA QABLAKA MIN RUSULINA)
AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 7
Dan Kami tidak mengutus SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MAA ARSALNA
QABLAKA) melainkan beberapa lelaki yang Kami sampaikan wahyu kepada
mereka, maka bertanyalah kepada AHLUL ZIKRI (orang-orang ZIKIR-yang
mengingati Allah) jika kamu tidak mengetahui.
Reply People Against Opposition 29 August 2014 08:40
AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 25
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun SEBELUM engkau
(Muhammad)(WA MAA ARSALNA MIN QABLIKA) melainkan kami wahyukan kepadanya
, bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, maka
sembahlah Aku.
AL-QURAN – Surah Al-Anbiya (21) ayat 41
Sesungguhnya, rasul-rasul SEBELUM engkau (Muhammad) (BI RUSULIN MIN QABLIKA) telah dipermain-mainkan…..
AL-QURAN – Surah Al-Hajj (22) ayat 52
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul dan tidak juga seorang NABI
SEBELUM engkau (Muhammad) (WA MAA ARSALNA MIN QABLIKA MIN RASULIN WA LA
NABIYIN) ……
AL-QURAN – Surah Al-Furqan (25) ayat 20
Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul SEBELUM MU (Muhammad) (WA MA ARSALNA
QABLAKA MINAL MURSALIN) melainkan mereka pasti memakan makanan dan
berjalan di pasar-pasar……..
AL-QURAN – Surah Ar-Rum (30) ayat 47
Sesungguhnya Kami telah utuskan SEBELUM engkau (Muhammad) beberapa
orang rasul kepada kaumnya (WA LAQAD ARSALNA MIN QABLIKA RUSULAN ILLA
QAUMIHI) mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan-keterangan…..
AL-QURAN – Surah Al-Fathir (35) ayat 4
Dan jika mereka mendustakan engkau (Muhammad), sesungguhnya
rasul-rasul sebelum engkau (Muhammad) (RUSULUN MIN QABLIKA) telah
didustakan juga. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.
AL-QURAN – Surah Al-Ghafir (40) ayat 78
Dan sesungguhnya , Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul
sebelum engkau (Muhammad) (ARSALNA RUSULAN MIN QABLIKA) di antara mereka
ada yang Kami ceritakan kepadamu dan diantaranya ada yang tidak Kami
ceritakan kepadamu…..
Di tempat ayat di ataslah adalah antara
tempat yang terbaik di dalam menerangkan tentang kedatangan RASUL
SELEPAS Nabi Muhammad s.a.w kerana di sini ALLAH terangkan, Kami telah
mengutuskan beberapa orang rasul sebelum engkau (Muhammad) (ARSALNA
RUSULAN MIN QABLIKA) di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu
dan diantaranya ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu……dan jika ada
RASUL selepas Nabi Muhammad s.a.w meskipun tidak diceritakan, maka
disinilah tempat yang terbaik untuk Allah terangkan. Di sini jelaslah
bahawa Ahmad Musadeq bukan Rasul Akhir Zaman kerana cuma ada satu sahaja
Rasul Akhir Zaman yakni Nabiyil Karim Muhammad Ibnu Abdullah s.a.w.
AL-QURAN – Surah Al-Fussilat (41) ayat 43
Apa yang dikatakan oleh orang-orang kafir kepadamu (Muhammad) tidak
lain adalah apa yang sudah dikatakan kepada rasul-rasul SEBELUM-mu
(Muhammad) (LI RUSULI MIN QABLIKA)…..
AL-QURAN – Surah Al-Zukhruf (43) ayat 45
Dan tanyalah kepada rasul-rasul Kami yang telah Kami utus SEBELUM engkau (Muhammad)….(ARSALNA MIN QABLIKA MIN RUSULINA)…