Al-Quran
: Surah An-Nisa (4) ayat 113 – 115
Dan
kalau bukan kerana kurnia dan rahmat-Nya kepadamu (Muhammad),
tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk
menyesatkanmu. Tetapi mereka hanya menyesatkan dirinya sendiri,
dan tidak membahayakanmu sedikit pun. Dan (juga kerana) Allah
telah menurunkan Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah) kepadamu,
dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum engkau ketahui.
Kurnia Allah yang dilimpahkan kepadamu ini sangat besar. Tidak
ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka kecuali
pembicaraan rahsia dari orang yang menyuruh (orang) bersedekah
atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara
manusia. Barang siapa berbuat demikian kerana mencari keredaan
Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar.
Dan barangsiapa menentang Rasul (Muhammad) setelah jelas
kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan
orang-orang mukmin. Kami biarkan dia dalam kesesatan yang
telah dilakukannya itu dan akan Kami masukkan dia ke dalam
neraka Jahanam dan itu seburuk-buruk tempat kembali.
Ayat
diatas perlu kita ambil iktibar kerana Allah larang kita di
dalam Al-Quran dari mengadakan perbicaraan rahsia bagi membawa
manusia keluar dari jalan yang bukan jalan orang-orang
mukmin. Jelas sekali tafsiran golongan Millah Abraham tentang
sirotol mustaqim adalah rekaan mereka sendiri dan ia adalah
bukan tafsiran daripada jalan-jalan orang-orang mukmin.
Kita
rujuk Modul TLWH MK dibawah tajuk Konsep Sirotol Mustaqim antara
lain ;
“Sirotol
mustaqim itu jalan milik Tuhan, sekiranya ingin ketemu sirotol
mustaqim harus memohon kepada Dia, bukan dibaca dalam solat 17
kali sehari, sampai sekarang propsek tidak mengerti sirotol
mustaqim”.
Ini
adalah cara golongan ini memberi tafsiran kepada Surah
AL-Fatihah dimana dihina amalan SOLAT yang ditakrifkan sebagai
satu perbuatan yang sia-sia. Inilah yang dikatakan dalam ayat
113-115 Surah An-Nisa (4) ,
antara lain yang memberi ancaman - barangsiapa
menentang Rasul (Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya, dan
mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin. Kami
biarkan dia dalam kesesatan
yang telah dilakukannya itu dan akan Kami masukkan dia ke
dalam neraka Jahanam dan itu seburuk-buruk tempat kembali.
Apakah
benar celaan golongan Millah Abraham tentang solat dalam
memberi tafsiran kepada makna sirotol mustaqim ? Tanpa mereka
sedari apabila mereka dengan sombongnya menulis - “Sirotol
mustaqim itu jalan milik Tuhan, sekiranya ingin ketemu sirotol
mustaqim harus memohon kepada Dia, bukan dibaca dalam solat 17
kali sehari” -
golongan ini sebenarnya telah menghina AL-QURAN -
Al-Quran
: Surah Al-Hijr (15) – ayat 87
Dan
sungguh, Kami telah memberikan kepadamu tujuh (ayat) yang
(dibaca) berulang-ulang dan AL-Quran yang agung.
Ayat
di atas memberikan penghormatan kepada surah Al-Fatihah yang
mana bacaan berulang-ulang merujuk kepada ulangan bacaan
meminta ditunjuk JALAN YANG LURUS di dalam SOLAT yang
diperlekehkan oleh golongan MILLAH ABRAHAM.
Al-Quran
: Surah Az-Zukhruf (43) ayat 36-37
Dan
barang siapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha
Pengasih (AL-QURAN), Kami biarkan setan (menyesatkannya) dan
menjadi teman karibnya. Dan sungguh, mereka (setan-setan itu)
benar-benar menghalang-halangi mereka dari jalan yang benar,
sedang mereka MENYANGKA MEREKA MENDAPAT PETUNJUK.